Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Hari ini adalah hari terakhir bersama THTS untuk musim haji 1429. Sabtu.
Semua pegawai dari Malaysia yang masih ada adalah dari mereka yang boleh membuat keputusan untuk THTS. Yang lain alhamdulillah, yang telah dijadualkan balik awal telah selamat kembali bersama keluarga masing masing di Malaysia.
Semoga perkhidmatan haji pada tahun ini dapat meningkatkan keimanan setiap staf yang bertugas dan seterusnya dapat menambahkan kemahiran serta saham untuk simpanan akhirat nanti.
Juga kami mendoakan semoga semua jemaah haji telah selamat kembali dengan keampunan dari Allah dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami berikan. Semoga akan datang lagi dengan THTS pada umrah atau haji akan datang. Ini meminjam kata kata CEO THTS, Tuan Haji Mejar (B) Mohd Ramli dalam ucapan kesyukuran bersama jemaah di Hotel Dallah Barakah sehari sebelum jemaah berangkat pulang sebelum ini.

Mesyurat Penutupan Akaun bersama Hj Zul Audit dan COO, Tn Hj Jamal Daman Hoori
Kita semua mengharapkan supaya haji haji yang mendatang dapat digunakan sebagai platform untuk kita orang Islam seluruh dunia berkumpul dan mencari satu gerak kerja bersama untuk menyelamatkan saudara kita di Palestin yang ditindas setiap saat dan masa sekarang ini.
Seterusnya semoga kita semua dapat menjadi seorang Muslim yang berjaya dunia akhirat, dengan kata lain kita dapat menjadi jutawan di dunia dan juga jutawan di akhirat nanti.
Seterusnya jemaah umrah selepas ini bermula pada 12 Januari 2009, iaitu Pakej Ziarah Umrah yang akan ke Madain Soleh di bandar Al Ula.











5 responses so far ↓
Ghaz // 4 January, 2009 at 11:39 am
Assalamualaikum ;
Dah habis tugas TH, bila lak nak datang melawat kita orang lagi di Yanbu?
Hehehehehe
betul ker Ustaz pun nak balik for good ke Malaya?
Ghaz // 4 January, 2009 at 11:40 am
Lagi satu soalan ;
Weekend nih (8&9 January), pejabat TH kat mekah ada lagi tak?????
almakki // 5 January, 2009 at 8:55 am
weekend ni TH dah tak ada. semua dah pindah ke jeddah..
cadangnya nak balik feb ni insya Allah
thanks kerana prihatin. Bagus lah Hj Ghaz ni..tu yg boleh jadi tok penghulu yanbu tu…
HUSSAIN // 8 January, 2009 at 4:58 am
HJ Rahman..12 january 2009 bawak jemaah thts ke company lain?
Mohd Said Salleh & Noordiana Ismail // 21 October, 2009 at 11:23 am
Kami suami isteri sedang mencari peluang untuk bekerja atau berniaga di tanah suci Mekah. Saya seorang peniaga dan isteri bekerja di hospital swasta. Harap2nya mendapat pendapat atau balasan dari pihak tuan. Terima kasih.