al-Makki

Taklimat Haji di Masjid Wilayah

13 October, 2009 · 2 Comments

masjid wilayah

Kehadiran jemaah yang telah pasti akan Mekah bagi mengerjakan haji pada tahun ini 1430 hijrah telah memenuhi semua kerusi yang telah disediakan. Alhamdulillah, ini akan memudahkan urusan jemaah juga kerana semua jemaah telah mendapat maklumat yang betul tentang cara untuk mendapat haji Mabrur nanti.

Ini adalah taklimat untuk mereka yang membayar Pakej Haji yang bernilai RM 19,990 dan ke atas.

masjid wilayah 2

Semoga haji yang Mabrur dapat kita capai bukan hanya melalui Kursus Haji sahaja, tetapi juga melalui pemahaman tentang cara bergerak menggunakan bas dan teknik terbaik untuk menghalang kita dari mengeluarkan kata kata nista dan cerca terhadap orang yang berada di sekeliling kita.

Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, bukan keluar tuduhan semberono. Sebab kita telah mendengar semua arahan dan cara pihak pengurusan akan menguruskan kita nanti.

Firman Allah dalam mengajar kita untuk mendapat haji Mabrur, “

الحج أشهر معلومات فمن فرض فيهن الحج فلا رفث ولا فسوق ولا جدال في الحج

Di dalam masa kita mengerjakan haji, janganlah kita bercakap kosong dan janagan lah kamu bertengkar dan berbahas.

Semoga kita semua nanti akan dapa mengerjakan haji di usia muda dan mendapat haji yang Mabrur iaitu haji yang di terima oleh Allah.

Categories: Haji

2 responses so far ↓

Leave a Comment