al-Makki

Bersedia Untuk Ke Makkah 22 Oktober Khamis ini

19 October, 2009 · 1 Comment

“Bang, nanti abang jangan lupa bawak semua baju yang nak di pakai ya”, pesan isteriku dengan bersungguh sungguh.

Beliau yang berada jauh di Alor Star mengingatkan ku. Mak Mertua ku yang kurang sihat menyebabkan ku terpaksa berkorban membenarkan isteriku menjaga ibunya. Tiada sesiapa anak anak yang boleh dan senang untuk menjaga mertuaku. Semuanya bekerja dan terikat dengan tangungjawab masing masing.

09032009717

Ini adalah kali pertama bernangkat mengerjakan haji dan bertugas dari Malaysia, sebelum ini hanya bernangkat ke Arafah dari Zahir, Makkah atau Aziziyyah yang hanya tempat tersebut di samping kawasan Mina sahaja.

Segala persiapan mungkin berbeza dan pastinya pengalaman baru akan ku tempuhi.

Semoga HAJI 1430 ini lebih menyedarkan ku hakikat aku inilah hamba Allah yang diberi masa sekejap sahaja untuk bercucuk tanam di muka bumi ini.

Categories: 1

1 response so far ↓

  • Hj Rahman brunei // 22 October, 2009 at 5:57 am

    Selamat Berangkat dan Bertugas Semoga bertugas lancarnya serta mendapat Haji Mabhur….. Amin

    Rezeki lagi
    Wassalam
    “LUMUT”

Leave a Comment