Monthly Archives: November 2008

Khutbah Jumaat Masjidil Haram, Makkah

 

INTISARI KHUTBAH JUMAAT

28 November 2008 bersamaan 30 Zulkaedah 1429

Disampaikan oleh Sheikh Abdul Rahman As Sudais.

KHUTBAH PERTAMA

 

1.Tahniah dengan kehadiran semua jemaah haji dari seluruh dunia. Selamat datang negara dua tanah suci dan ke negara tempat turunnya wahyu.

2. Apabila kita telah datang dan sampai ke Mekah, bermakna kita telah menerima jemputan Allah sebagai tetamu Nya.

3. Mekah sebagai tempat mencetuskan sifat kasih sayang serta kecintaan antara sesama Islam. Tiada beza antara kita semua. Islam adalah milik semua. Walaupun kita semua datang dari pelusuk dunia yang berbeza, kita adalah sama.

4. Dan bila kita semua telah berada dalam Tanah Haram, kita akan selamat, kerana negeri ini adalah negeri yang aman.

5. Mekah adalah negeri yang paling disayangi oleh Rasulullah saw. Seperti yang nyatakan dalam sabdnya bermaksud “jikalau aku tidak dikeluarkan dari Mekah, aku tak akan kleuar dari sini”. (maksudnya berhijrah ke Madinah al Munawwarah) hadis riwayat Ahmad dan Tarmizi

6. Sepanjang berada di Tanah Haram ini jangan sama sekali kita melakukan dosa-dosa. Allah memberi peringatan tentang dosa dan ancaman bagi sesiapa yang ingin berbuat jahat di dalam Tanah Haram ini.

7. YANG PALING UTAMA dan TERPENTING bagi jemaah haji dan kita semua ialah, kita perlu mentauhidkan Allah dengan sepenuh hati dan keimanan kita. Tiada yang lebih berkuasa di alam ini selain Allah.

 

8. Kita sebagai orang islam mesti IKHLAS kepada Allah. Betul betul beriman kepada Allah. Sekiranya kita betul-betul beriman kepada Allah, kita perlu ikut dan patuh kepada arahan dan suruhan Allah.

 

9. Buktikan cinta dan sayang kepada Rasulullah saw iaitu dengan mengamalkan sunnah serta amalan baik sepanjang berada di Tanah Haram ini.

 

 

 

10. Laksanakan Ibadah Haji dengan sebaiknya. Sesungguhnya ganjaran bagi mereka yang beroleh Haji Mabrur ialah syurga. Jikalau kita semua pulang dengan haji mabrur, ini merupakan satu kekuatan untuk membaiki umat Islam di Negara masing-masing. Kerana umat Islam amat lemah sekarang ini.

 

11. Jangan dilupakan bagaimanakah keadaan saudara Islam kita di Palestin sekarang ini. Sedangkan kita semua adalah bersaudara. Kita perlu merasa dan ambil berat tentang nasib saudara kita di Palestin dan seluruh dunia.

 

12. Semoga kita semua beroleh pahala yang besar dengan kedatanga kita ke Mekah ini. Kerana sesungguhnya membesarkan serta memuliakan Mekah adalah satu dari tuntutan agama.

 

13. Semoga kita semua mendapat haji yang mabrur

 

jumaat-28-novSuasana seusai solat Jumaat 28 nov 08


KHUTBAH KEDUA

 

  1. Perbanyakkanlah berbuat amalan soleh hingga menjelang bulan Zulhijjah nanti. Sesungguhnya bagi mereka yang berbuat amalan soleh bermula Satu hingga 10 Zulhijjah nanti akan beroleh pahala yang banyak.

 

  1. Rasulullah saw menegaskan dalam hadisnya “Pahala amal soleh di awal Zulhijjah adalah lebih besar dari jihad fisabilillah”. (Riwayat Buhkari).

 

  1. Semoga kita semua dapat mengambil peluang sepanjang keberadaan di Mekah. Khususnya dalam SEPULUH HARI PERTAMA bulan Zulhijjah ini.

 

menara-harom

 

 

 

Menara Masjidil Haram di atas pintu nombor satu, bab Malik Abdul Aziz

Disediakan Oleh :

Abd Rahman Hamzah

Untuk edaran semua hotel penginapan Jemaah Haji Tabung Haji Travel & Services,

Ini adalah berdasarkan arahan dari Pengarah Operasi Haji THTS

Mati Di Mekah Satu Impian

Kematian adalah satu kepastian. Tetapi untuk mati di Mekah dan mati di Madinah al Munawwarah adalah yang diimpikan oleh semua orang mukmin selepas impian untuk mati SYAHID di jalan Allah.

2 hari lepas, seorang jemaah dari maktab 86 Pakej Tabung Haji Travel hotel Dallah Barakah telah pulang ke rahmatullah di dalam masjidil haram.

Beliau telah selamat berpindah ke alam baru pada pukul 5.30 petang, lapan minit sebelum azan maghrib.

hk

Semoga roh beliau yang telah disembahyangkan jenazahnya pada waktu subuh pagi 26 Nov di limpahi rahmat dan digolongkan dalam golongan orang orang yang soleh.

Semoga dicucuri rahmat Allah ke atasnya

Semoga dicucuri rahmat Allah ke atasnya

Wukuf 13 Hari Lagi

Sedar tak sedar, wukuf untuk haji 1429 semakin menghampiri kita. Apakah kita telah bersiap untuk menghadiri perhimpunan global dunia ini?

Hari ini 24 Nov 2008 bersamaan 26 Zul kaedah 1429, tinggal 13 hari lagi. Kita akan wukuf pada 9 Zulhijjah bersamaan 7 Disember 2008.

Perhimpunan tahunan atau muktamar tahunan Islam ini juga mungkin boleh dinamakan kongres tahunan ini telah bermula semenjak syariat haji telah di syariatkan oleh Allah kepada kita semua.

Banyak tujuan dan pelbagai manfaat yang Nabi kita anjurkan kepada kita semua untuk kita dapatkan dari “kongres” tahunan ini, sekadar meminjam nama perhimpunan Parti Keadilan Rakyat yang akan bersidang dalam masa terdekat ini.

Semoga kita semua yang ingin mengerjakan haji pada tahun ini dapat memanfaatkan sebaik mungkin iktibar dan tujuan serta dapat menggarap keputusan global yang baru di antara seluruh umat ISlam di dalam dunia ini untuk menghadapi CABARAN Yahudi terbaru yang berselindung disebalik BARAK OBAMA yang baru dimenangkan oleh mereka di pemilihan Presiden Amerika yang terbaru.

peta-hotel-th-makkah

PETA UNTUK KEMUDAHAN JEMAAH HAJI MALAYSIA 1429

Apakah persediaan yang perlu kita buat sebelum kita semua sebagai orang Islam untuk menghadiri perhimpunan tahunan islam ini?

Adakah kita telah menyelesaikan mesyuarat Cawangan dan mesyuarat Bahagian kita? Dan seterusnya, adakah kita telah membayar yuran parti?

Dan secara mudah fahamnya, adakah kita telah menyelesaikan tanggungjawab kita sebagai orang Islam?

Jadi sebagai persediaannya, perlu kita sama sama membuat ‘check list’ yang panjang sebelum kita sama sama menghadapai wukuf di ARAFAH pada tahun ini….

Semoga Allah menerima haji kita sebagai haji yang mabrur.

 

 

Abdul Rahman Hamzah

Hotel Dallah Barakah, HQ THTS Makkah, Operasi Haji 1429 H

Sifat Rajin Yang Perlu Di Contohi

Di suatu pagi yang cerah di Kampung Pangkal Gong, Pulai Chondong, Ismail sedang membersihkan ruang bawah katil yang penuh dengan beg dan baldi untuk  dia membasuh baju setiap hujung minggu selepas penat mengikuti kelas wajib di Maahad Tahfiz Al Quran Pulai Chondong.

Tiba tiba dia terdengar suara ustaz Nik Omar Nik Abd Aziz menegur dari belakang,” Nabi pesan, kalau buat sesuatu pekerjaan tu, mesti buat dengan bersungguh sungguh, jangan buat sambil cincai”.

Aik, bila masa pulak ustaz yang di hormati ramai ni berada di muka pintu bilik aku yang sememangnya tak tertutup tu, ngomel Ismail dalam hati.

Tapi betul apa yang dicakapkan oleh Ustaz tu, pernyataan itu memang ada dalam hadis Rasulullah SAW. “Sesungguhnya Allah lebih suka sesorang yang membuat sesuatu pekerjaan dengan bersungguh sungguh”. Itu hadis yang aku belajar dengan Ustaz Zailan Salleh dalam kelas dulu.

Ini lah antara cerita yang kami bualkan semasa pertemuan selepas lama tidak ketemu.

Hadis ini banyak memberi kesan kepada diri aku sekarang ini. Dalam kehidupan seharian yang sudah berumah tangga ini, sifat cincai dan sifat malas perlu dibuang jauh jauh.

Ini yang aku tengok hari ini di pejabat THTS Mekah sempena musim haji ini. Pengurus Operasi Haji, Haji Abdul Hadi memang menerapkan hadis ini dalam kehidupan beliau. Ini yang aku perhatikan. Selama lebih kurang 10 hari aku bekerja di sini, aku tak pernah tengok dia datang lambat. Juga aku tak pernah tengok dia jalan jalan dalam pejabat. Ini sifat yang terpuji yang kita sama sama perlu ikuti.

Hj Hadi sedang khusyuk di mejanya

Hj Hadi sedang khusyuk di mejanya

Nasi Kabsah Ha Shi

‘Anta dah makan malam belum”, tanya Mr Fuad pada saya. “Saya lapar ni, tengah hari tadi lupa nak makan”, sambung Mr Fuad sebelum saya sempat menjawabnya.

Memang setahu saya, Mr Fuad adalah seorang yang workholic. Kerja sampai tak ingat waktu makan. Bila azan sahaja dia bergerak keluar dari office. Waktu yang lain beliau hanya terperap dalam pejabatnya.

Setelah berbincang, di mana tempat yang sesuai untuk kami mengisi “bateri” badan kami, terus nama Kedai Makan Kabsah Ha Shi di persetujui. Kami yang sudah kelaparan terus menaiki kereta ke Jabal Nur. Di sana sahaja setakat yang kami tahu yang menyediakan daging unta di masak dengan nasi kabsah.

dsc03125

Selama menunggu nasi kabsah yang di minta, terkeluar tajuk perbualan tentang perniagaan yang diusahakan oleh orang orang di Mekah sekarang. Semua orang mengejar keuntungan. Dan ada sesetengah mereka sanggup berdengki di antara satu sama lain.

dsc03122

Terus saya teringat satu ayat dalam surah an nisa ayat 54.

Maksudnya,” Atau patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) disebabkan nikmat (pangkat Nabi dan ugama Islam) yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab (ugama) dan hikmat (pangkat Nabi), dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar”.

Berdasarkan ayat ini, kita hendaklah berlapang dada dengan rezeki yang diberikan Allah kepada sesiapa sahaja dari hamba hambanya. Dan kita kena menjauhi dari sifat hasad dan dengki yang akan merosakkan kita dan akan membawa kita ke neraka.

Semoga kita semua selamat di dunia dan setrusnya supaya Allah mengabulkan doa kita supaya kita menjadi billionare di dunia dan billionare di akhirat, insya Allah.

Terima kasih GRAPHIC DESIGNER

“Malla yash kurunnas, la yashkurullah”. Sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, dia adalah orang yang tidak bersyukur kepada Allah.

Oleh itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Graphic Designer saya kerana menghadiahkan ‘header’ almakki.wordpress.com yang cantik dan comel ini.

 Insya Allah dengan wajah baru ini, semangat saya untuk berkongsi ilmu dan pengalaman serta mengharapkan saham saya bertambah ketika saya tidur akan terlaksana. Dengan blog ini dibaca dan dimanfaatkan ketika saya lena, insya Allah semoga Allah mengira ini adalah satu ilmu yang bermanfaat yang saya tinggalkan kepada orang selepas saya.

Kalau ada kesempatan saya akan menghadiahkan sesuatu yang anda sukai wahai Graphic Designer yang baik hati. Syukran !

Terima kasih daun keladi, kalau ada kesempatan, nak minta bantuan lagi.

My Story – Lim goh Tong

Baru selesai membaca buku My Story, riwayat hidup Lim Goh Tong. Semoga yang baik akan dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Judi tetap haram walaupun di tukar nama dan di baik kan tujuan nya.

nn1

Sifat yang perlu di tiru dari buku My Story, Lim Goh Tong
1. Setiap hari bangun seawal yg mungkin. moral: kita kena bangun solat tahajud
2.menulis gerak kerja sehari di awal pagi. INI sangat PENTING.
3.janji mesti tepat. 10 minit lebih awal. Jgn buat janji klu tak dapat tunaikan
4. Bersifat ramah dengan semua orang. Ini adalah sumber rezeki
5.mencatatkan apa sahaja yg terlintas di otak. Dulu doa bawa kertas, kita kan dah ada hp yg canggih
6. untuk berjaya, kita bukan sahaja perlu cekap, tetapi juga perlu membuat kerja secepat mungkin
7.berniaga sesuatu yg org belum mulakan lagi. Perlu review cadangan arifin, jual besi buruk.
8.rebut peluang yg ada. Ketahuilah, peluang hanya datang sekali sahaja.
9.perlu sangat berbaik dgn pemerintah utk dapatkan peluang baru atau sekurang kurangnya dapat mengurangkan cukai dan dapat LESEN BARU.
10.mempercayai seseorg bila kita dah amanahkan bekerja dgn kita
11.berusaha bersungguh sungguh walau mengguna apa cara sekalipun