Monthly Archives: December 2008

Didiklah anak-anak kita..

palestin

“Anta dah siap ke? Jom la ke kelas”, saya memanggil Munawwar untuk keluar bersama ke kelas.

Sebaik sahaja kami mahu melangkah keluar, pandangan kami terlekat ke kaca televisyen.

Pagi itu, Televisyen Israel (Yahudi) Channel 1 menyiarkan rancangan TV Pendidikan. Saya menonton suatu rancangan yang dirakam di sebuah nursery. Guru yang mengajar anak muridnya menyanyi dengan diiringi sebuah piano, menyanyikan lagu berikut:

“Makanan paling sedap daging orang Arab, minuman paling sedap darah orang Islam”

Ya, itulah yang saya baca pada subtitle rancangan tersebut.

Kanak-kanak semuda 3 dan 4 tahun, diajar menyanyikan lagu tersebut dengan penuh keceriaan dan kegembiraan.

Demi Allah, suara cikgu dan kanak-kanak itu masih segar di dalam ingatan saya, dan jika saya pandai melukis, saya masih mampu melakarkan di mana cikgu dan piano itu berada, dan bagaimana kanak-kanak itu mendendangkan “nasyid” mereka. Walaupun sudah tepat 10 tahun peristiwa itu berlaku (1996).

Sesungguhnya gambar-gambar di ATAS adalah ’surat cinta’ kanak-kanak Yahudi yang menjalani proses pembelajaran yang sama. Mereka melakar ‘mesej cinta’ itu pada peluru dan bom yang bakal dihantar kepada penpal mereka di seberang sempadan. Dari balik tembok, anak-anak Yahudi ini mengucapkan “salam” kepada rakan Palestin dan Lebanon mereka, moga dipanjangkan usia, bukan di dunia, tapi di alam kematian yang hitam.

Mungkin sukar untuk dibayangkan hakikat kanak-kanak Yahudi sebagai sebahagian tentera mereka. Tetapi saya tidak lupa kepada program televisyen yang saya tonton, bahawa setiap anak Yahudi memang dididik seawal usia buaian untuk membesar menjadi Yahudi sejati. Sama ada kamu mahu menjadi doktor, jurutera, arkitek atau ‘Ustaz Rabai’, kamu adalah tentera Yahudi yang wajib mempertahankan bumi ‘Israel’ dari anjing Arab dan Islam!

Itulah semangat yang disuntik ke jiwa setiap Yahudi!

Anak kita bagaimana?

Ajarlah anak-anak kita siapa musuh mereka. Besarkanlah mereka agar menjadi mukmin sejati. Bersiap sedialah untuk menghantar anak-anak kita ke masa depan mereka yang jauh lebih mencabar. Ramai ibu bapa yang sudah berjaya menukar fitrah kanak-kanak itu sehingga mereka membesar sebagai Yahudi, Nasrani dan Majusi yang sejati.

Sudahkah kita membesarkan anak-anak kita menjadi Mukmin sejati yang realiti?

Sumber : Saifulislam.Com

Advertisements

Doa untuk ahli Ghazzah

m


حسبنا الله و نعم الوكيل يا ذا الجلال و العزة
اللهم انقذ المسلمين فى غزة
اللهم كن لهم عونا و نصيرا


اللهم ربنا جل ثناؤك و تقدست اسماؤك
اللهم لا يرد امرك و لا يهزم جندك
سبحانك و بحمدك


اللهم عليك باليهود الظالمين
اللهم منزل الكتاب,هازم الاحزاب,مجرى السحاب
اهزمهم و زلزلهم


اللهم ارينا فيهم عجائب قدرتك .. قتلة الرسل و الانبياء
ظلمت العزل الابرياء


اللهم حرر المسلمين فى غزة يا ذا الجلال و العزة


اللهم فك اسرهم و اشفى مريضهم و اكشف كربتهم


اللهم بدل خوفهم امنا يا ذا الجلال و العزة


اللهم اعز الاسلام و المسلمين و اذل الشرك و المشركين و دمر اعداء الدين


و احمى حوزة الاسلام
و اجمع كلمة المسلمين على الحق يا رب العالمين


اللهم انج المستضعفين المسلمين فى كل مكان


اللهم اصلح احوال المسلمين فى فلسطين و العراق و فى كل مكان


اللهم الف بين قلوبهم و اهديهم سبل السلام و اخرجهم من الظلمات الى النور
يا ذا الجلال و الاكرام و العزة

Hari ke-3 serangan : 345 kematian dan 1650 lagi cedera

az

Selasa ,30/12/2008 –Sumber-sumber perubatan Palestin di Gaza melaporkan petang Isnin lalu, empat rakyat Palestin, termasuk seorang pemimpin Al Quds Brigades, sayap bersenjata Islam Jihad, telah terbunuh dalam satu serangan udara Israel di Khan Younis, di selatan Semenanjung Gaza. Jumlah maut terkini di Gaza adalah 345, manakala lebih daripada 1650 telah tercedera.

Sumber-sumber itu berkata yang Ziad Abu Teir, anggota Al Quds Brigades, dan tiga warga Palestin lain telah terbunuh apabila rejim Zionis mengebom bandar Abasan , timur Khan Younis. Lima penduduk, ahli-ahli keluarga yang sama tercedera.

Pada pagi Isnin lalu , tentera rejim Zionis telah mengebom sebuah rumah berhampiran rumah Ismail Haniyya, Perdana Menteri kerajaan Hamas . Juga pada hari Isnin, tentera rejim Zionis itu mengebom Kementerian Dalaman di Gaza, dan Universiti Islam Gaza.

korban6_apbyashraf_amra

Video yang kita semua mesti tonton.Hari pertama bumi Ghazzah diserang musuh Allah.Mayat-mayat anggota polis bergelimpangan sana sini dan sesetengah mereka yang sudah pun nazak namun bibir tak pernah kering dari lafaz syahadah.Permandangan sayu bumi yang basah dengan darah syuhada’  diiringi gema takbir yang tak pernah putus.Mata kepala menjadi saksi kekejaman maha dasyat yahudi laknatullah..

Jangan berpeluk tubuh,kita mampu membantu saudara di Palestin,walau secebis cuma

b

Rejim zionis terus mengganas , rakyat Palestin dibunuh secara massa tanpa belas kasihan.

Jangan banyak tanya dibenak fikiran kenapa negara Islam tidak turun membantu, kenapa pemimpin negara Islam tidak tegas. Tanya dulu diri kita sendiri apa yang mampu kita lakukan.

Antara secebis usaha ialah :
1. Mendoakan agar ALLAH memberi pertolongan kepada umat Islam di Palestin dan di seluruh pelusuk dunia yang ditindas.

2. Menghulurkan bantuan kemanusiaan melalui NGO-NGO antaranya AMAN Palestin http://www.amanpalestin.org

3. Memboikot barangan yang dikeluarkan oleh syarikat yang menyokong rejim zionis seperti yang disarankan oleh laman web ini http://www.inminds. co.uk/boycott- israel.php

4. Memberi kesedaran kepada saudara kita yang lain melalui program-program atau sekadar penulisan di media cetak mahupun di blog bahawa dasyatnya apa yang berlaku di Ghazzah sekarang bukan sekadar kata-kata “Palestin diserang lagi”.Dan saling memperigati sesama kita bahawa ini adalah tanggungjawab kita!

Sabda Rasulullah S.A.W :

“Sampaikanlah yang baik dariku walaupun kamu dapat/faham sepotong ayat dan ceritakanlah kisah bani Israel”

الفاتحه على أرواح شهداء غزه

pal

Jasad polis Palestin bergelimpangan – 27 Dec 2008

g-massacro2

Bodies of Palestinian Policemen killed in the Israeli airstrike – 27 Dec 2008

pal1

Air mata seorang ayah – 27 Dec 2008

pal2

Bodies of Palestinians are seen at Shifa hospital in Gaza – 27 Dec 2008

pal3

A Palestinian is rushed to hospital after he was wounded in an Israeli air strike on Gaza City – 27 Dec 2008

pal4

Palestinians inspects a destroyed Hamas police compounds following an Israeli air strike in Gaza – 27 Dec 2008

pal5

The leg of a Hamas policeman is seen between the rubbles following an Israeli air strike in Gaza – 27 Dec 2008


Air mata muslim mana tidak jatuh melihat kesengsaraan saudara sendiri di bumi sana?

Para syabab di Jordan keluar berduyun-duyun  di malam buta berlumba menderma darah untuk ahli Ghazzah..

di Oman dari kaum ibu,anak kecil hinggakan si tua mengagahkan diri berhimpun menyuarakan kebantahan mereka.Secara damai namun lantang!

Kita?

Janganlah wujud syabab muslim disini yang masih leka bermain “game” sedang mereka disana bermandi darah..

Janganlah wujud syabab muslim disini hari ini bertanya “apa nak buat hari ini?!”

Tidak peduli dengan angka korban rakyat Palestin,Zionis Israel dengan angkuh menyatakan akan terus mengadakan serangan susulan ke bumi Ghazzah..

Anda..masih adakah keinginan ke sambutan tahun baru?

Masih berkeinginankah untuk update blog anda dengan kisah harian anda?atau mengenai bisnes anda?mengenai masakan anda hari ini?mahupun koleksi gambar terbaru anda?

Janganlah menjadi muslim buta dan tuli seolah-olah tidak ada apa  berlaku..

FAHAMKAH ANDA MEREKA DISANA SAUDARA KITA?

Jemaah Mula Meninggalkan MAKKAH

Alhamdulillah, segala urusan ibadah haji telah selesai. Masing masing dalam proses menyiapkan diri untuk pulang ke Tanah Air.

Benda penting yang biasa kita fikirkan bersama setelah selesai haji ialah ADAKAH haji kita telah di terima atau tidak? Untuk soalan itu kita perlu sentiasa mendokan penerimaan ibadah kita. Sehingga Nabi Ibrahim sendiri di ajar oleh Allah untuk berdoa, Ya Alah terimalah amalan ku ini, ketika baginda selesai membangunkankembali Kaabah dahulu.

Oleh itu, kita mesti mengamalkan selalu doa tersebut. Robbana Taqabbal minna.

Yang kedua, semua yang akan pulang ke tanah air akan memikirkan apakah yang akan di bawa pulang sebagai ole ole untuk orang yang tersayang dan sebagai kenang kenangan kepada saudara mara.

Selain pulang ke tanah air dengan iman yang penuh di dada dan dosa yang telah di ampunkan, ole ole adalah satu benda yang perlu dititik beratkan juga.

Seperti amalan baik orang orang terdahulu apabilajemaah haji sampai ke tanah air ialah, semua jiran dan saudara akan bertemu dan meminta didoakan mereka kerana mereka yang baru pulang ini membawa rahmat dan baru pulang dari tempat yang suci kerna mereka telah diampunkan segala dosa mereka. Doa mereka MUSTAJAB.

Insya Allah, semoga kita semua yang telah selesai haji ini diampunkan segala dosa kita dan digolongkan dalam mereka yang mustajab doa.

mama-juwie

Mama Juwie yang datang dengan Pakej Baiduri THTS antara contoh yang mementingkan ibadah haji di terima dan ole ole mesti ada untuk kawan kawan dan saudara. Semoga hidup beliau lebih bahagia dan sentiasa berada dalam kasih sayang Allah.

Tawaf & Saie Haji 1429

19122008523

21122008541

211220085384

21122008542

n1

21122008549