Jemaah Mula Meninggalkan MAKKAH

Alhamdulillah, segala urusan ibadah haji telah selesai. Masing masing dalam proses menyiapkan diri untuk pulang ke Tanah Air.

Benda penting yang biasa kita fikirkan bersama setelah selesai haji ialah ADAKAH haji kita telah di terima atau tidak? Untuk soalan itu kita perlu sentiasa mendokan penerimaan ibadah kita. Sehingga Nabi Ibrahim sendiri di ajar oleh Allah untuk berdoa, Ya Alah terimalah amalan ku ini, ketika baginda selesai membangunkankembali Kaabah dahulu.

Oleh itu, kita mesti mengamalkan selalu doa tersebut. Robbana Taqabbal minna.

Yang kedua, semua yang akan pulang ke tanah air akan memikirkan apakah yang akan di bawa pulang sebagai ole ole untuk orang yang tersayang dan sebagai kenang kenangan kepada saudara mara.

Selain pulang ke tanah air dengan iman yang penuh di dada dan dosa yang telah di ampunkan, ole ole adalah satu benda yang perlu dititik beratkan juga.

Seperti amalan baik orang orang terdahulu apabilajemaah haji sampai ke tanah air ialah, semua jiran dan saudara akan bertemu dan meminta didoakan mereka kerana mereka yang baru pulang ini membawa rahmat dan baru pulang dari tempat yang suci kerna mereka telah diampunkan segala dosa mereka. Doa mereka MUSTAJAB.

Insya Allah, semoga kita semua yang telah selesai haji ini diampunkan segala dosa kita dan digolongkan dalam mereka yang mustajab doa.

mama-juwie

Mama Juwie yang datang dengan Pakej Baiduri THTS antara contoh yang mementingkan ibadah haji di terima dan ole ole mesti ada untuk kawan kawan dan saudara. Semoga hidup beliau lebih bahagia dan sentiasa berada dalam kasih sayang Allah.

One response to “Jemaah Mula Meninggalkan MAKKAH

  1. Salam
    saya jemaah yang ada di Dallah Barakah, inginkan doa yang didoakan oleh seorang ustaz sebelum mejar THTS berucap , harap dapat disendkan pada ana di mhasan97@yahoo com

    tksh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s