Monthly Archives: January 2009

Gelagat Rakan SEDARAH SEDAGING

Ini adalah LUAHAN rasa dari seorang student Medic di Mansurah, Egypt.

Salam sejahtera buat teman2 semua….

Ana ( saya) sekarang tengah pereksa…tapi semangat untuk membantu sahabat2 di Palestin sana tetap berkobar2.
Ana berharap sedikit pendedahan yang ringkas dan ringan ini dapat menyedarkan ramai kawan2 semua.
Ana lebih suka dan terpanggil untuk berkongsi berita tentang hal ehwal negara Mesir bilamana jiran2 negara sebelah menderita.

Mudah2han,sedikit maklumat ini dapat membantu kita memahami siapa itu muslim sejati…siapa itu munafik sejati…dan tak lupa juga siapa itu musyrikin sejati.

Tujuannya untuk dijadikan batu sempadan buat kita semua…
jangan jadi seperti mereka yang tak betul fikrahnya…

Di Mesir sekarang…HM dah berasa bangga jiwa raga atas keberanian dan kesungguhannya berjaya menjemput pembesar2 dunia untuk ke Sharm El-Sheikh Summit.Sekarang dunia dah nampak yang Mesir ni betul2 berusaha menolong rakannya di Palestin.

Hakikatnya…ramai rakyat mereka menderita ekoran membangkang tindakan HM dan menyatakan hasrat sokongan tak berbelah bagi pada HAMAS.

Dan..hingga hari ini,sudah 721 orang rakyat Mesir berjaya dipenjara oleh pihak berkuasa sejak siri serangan Israell terhadap Gazaa…mereka ini,bukan buat salah apa pun…cuma adakan sedikit demontrasi jalanan sebagai tanda :
1)belas kasihan terhadap rakyat Palestin,
2)membantah keras kekejaman Zionis dan
3)menyatakan rasa tak puas hati sebab HM menutup sempadan Rafah…

Di Cairo,seramai 89 orang telah diberkas polis…di Gharbeya kedua paling ramai 87 orang…di tempat ana,Daqhaleya pula seramai 53 orang…dan lain2 tempat lagi.wilayah yang paling sedikit tangkapan dibuat adalah di Matrouh,seramai 9 orang.dan jumlah kesemua insan tak bersalah ini iaitu seramai 721 orang dipenjarakan di seluruh negara Mesir…penjara Natron Valley menempatkan paling ramai tahanan iaitu seramai 246 orang..

Tengok kawan2 semua…sedar atau tidak,apakah yang dah dilakukan oleh pemimpin mesir apabila saudara seislam sendiri yang bangkit untuk membela nasib saudara2nya…
siapakah mereka??…apakah jenis golongan ini…???
kawan2 boleh pilih antara 3 golongan yang telah ana nyatakan di atas…

Untuk pengetahuan semua…bukan rakyat mesir sahaja yang terkena nasib ini…orang Malaysia pun kena tempiasnya!!!…Maksud ana, pihak AMAL MALAYSIA.

pihak-amal-malaysia-ketika-terkandas-di-sempadan-rafah

Bantuan yang dihulurkan rakyat MALAYSIA tertangguh di sempadan Rafah selama 5 hari.Mujurlah petugas2 AMAL MALAYSIA tersebut sabar dan tabah menangani karenah pihak berkuasa Mesir yang menyekat mana2 bantuan kemanusiaan untuk ke Gazaa.menurut maklumat terbaru,hasil penat lelah mereka menunggu kebenaran untuk ke Gazaa,akhirnya baru semalam (22.1.09) mereka dapat menembusi tembok sempadan tersebut.

Semua karenah2 yang terpaksa dilalui oleh semua petugas bantuan kemanusiaan untuk ke Gazaa adalah angkara pihak berkuasa MESIR yang tidak bertanggungjawab.

terpaksa-agih-sebelum-masuk-palestin


Lebih memilukan hati,mana2 penduduk Gazaa yang datang ke Mesir untuk mendapatkan rawatan di hospital…mereka telah diugut oleh pihak berkuasa supaya mendedahkan rahsia2 tersembunyi berkenaan HAMAS…sungguh tak terfikir akalku!!!.sampai begitu sekali.

Maka itu,mari semua kawan2,kita sama2 merenung sejenak…memikirkan apakah antara gelaran yang patut dinobatkan pada pemimpin2 kerajaan Mesir.

Selain itu,jangan lupa kita juga harus mendoakan agar mereka mendapat hidayah Allah SWT untuk kembali membantu sahabat2 seislam yang lain.

sampai di sini dulu…
semoga jumpa lagi…
wassalam

http://fattah87.fotopages.com

Ain Zubaidah – Teknologi Islam Telah Melampaui Zaman

Satu keajaiban yang pernah berlaku dalam sejarah Islam ialah air yang terletak jauh dari Arafah dapat di salurkan terus ke sana  untuk kegunaan jemaah haji. Di zaman itu belum ada enjin pam yang berkuasa kuda yang dapat mengepam air. Malah kuasa letrik pun belum ditemui. Juga sistem saliran belum dikenali di benua eropah.

Zubaidah adalah permaisuri kepada Sultan Harun Ar Rasyid. Khalifah di zaman kerajaan Abbasiyyah. Beliau dikatakan yang menjadi Project Manager untuk projek saluran air ini. Kisah Zubaidah disukai oleh rakyat kebanyakan  juga telah diceritakan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam kuliah beliau. Boleh rujuk mp3 yang ada di internet.

Kenapa ini semua dapat berlaku? Umat Islam telah sampai ke peringkat Gemilang, Cemerlang dan Terbilang pada zaman itu. Kenapa tahap tersebut dapat dicapai dengan mudah? jawapan mudah yang boleh kita utarakan ialah kerana umat Islam pada masa tersebut telah menguasai ilmu pengetahuan, telah menguasai segala ilmu penyelidikan dan YANG LEBIH UTAMA ialah umat Islam pada masa tersebut MENG “AMAL” KAN Islam secara menyeluruh tanpa berdolak dalik dan alasan yang remeh.

Bila kita kembali kepada ajaran yang telah di ajarkan oleh Nabi kita Muhammad saw, Allah akan buka kan segala jalan untuk kita terus maju dan mengorak langkah ke depan.

Macam mana kita boleh terfikir, bahawa di zaman yang kita anggap belum maju dan belum ‘established’ boleh mengumpulkan kepandaian yang terbaik untuk memudahkan umat Islam menunaikan Rukun Islam yang ke 5? Di zaman kita sekarang, segal ilmu dan teknologi sudah terbentang dan tersedia di depan mata, TETAPI kita tidak merealisasikannya untuk kemudahan UMAT ISLAM.

Bermula dengan LRT ( keretapi laju) untuk menghalang kesesakan sehinggalah kepada sistem pembuangan najis ataupun tandas yang bermutu perlu di utamakan dan dibina secepat mungkin untuk kemudahan umat Islam.

Ini bukan menyalahkan pihak berwajib. Tetapi ingin menilai kembali, dimanakah umat Islam itu sendiri. Adakah kita telah menyediakan anak-anak kita supaya dapat menyerahkan tenaga untuk menaikkan Islam? Adakah kita telah membuat sesuatu untuk menjadikan generasi akan datang lebih menjaga Islam? Atau kita hanya menyediakan anak anak kita untuk memenangi AF dan menjadi Juara Lawak Malaysia? Ish..ish..begitu rendah nilai anak anak kita rupanya, kalau itu sahajalah target dan vision ibu ayah mereka. Nau’zubillah.

dsc03757

Semasa melalui kesan tinggalan Ain Zubaidah kelmarin, kami melepasi kawasan tersebut dengan kesedihan kerana musibah yang menimpa anak anak gadis Abang Zuraili dan Uncle Halim dari Profesional Malaysia yang bekerja di Yanbu’.

Kemalangan yang tidak diduga telah menjadikan satu latihan untuk kami merasai beginilah saudara kita di Palestin mengalami kesusahan dan kesakitan. Kita sebagai saudara sekelompok dan yang dekat dengan kita, kalau kita masih tidak merasai keperitan yang di alami oleh keluarga Abang Zuraili dan Uncle Halim, itu tandanya kita masih ada sesuatu yang perlu disemak dalam diri kita.

anak-mama-bungas

Semoga mereka semua cepat sembuh dan lulus cemerlang semua exam yang akan di tempuhi minggu ini.

Najron, Bandar Lama Sarat dengan Sejarah

“GPS ni betul ke idak ni YANG?” soalku pada isteri. “Kenapa pulak? Kan dia tu komputer, mesti betul”, sahut isteriku yang dari tadi tidak dapat lena disebabkan kantuk yang melanda diriku. Berjaga untuk memastikan pemanduanku tidak berbahaya kepada kami sekeluarga.

dsc04396

“Ni dia menunjukkan arah yang berbeza dari yang kita datang tadi ni, rasa macam salah je ni”, tambahku. “Kalau GPS tu dah jadi panduan perjalanan, ikut je lah. Mesti GPS tu yang betul. Jangan nak memandai pulak, sesat kita nanti, nanti masuk highway ke Khamis Musayyat waktu malam baru susah hati”, sambung isteriku.

Betul kata isteriku itu. Kalau dah Quran Hadis tu diiktiraf sebagai panduan dan perlembagaan hidup, kenapa nak memandaikan diri tak nak ikut pulak. Betul lah yang Quran Hadis kata tu. GPS tu dah dijadikan panduan perjalanan, ikut jelah. Dalam sistem dia, kita dah ‘set’ kan “the fast way”, mesti dia tunjukkan jalan terdekat untuk sampai ke destinasi. Jangan berdolak dalik lagi.

Itulah kisah yang berlaku di Najron. Bandar lama yang masih menarik perhatian untuk diziarahi. Panduan yang telah ditunjukkan oleh RAHIB yang mengajar remaja GENIUS telah diguna pakai oleh remaja tersebut untuk membandingkan ilmu ahli sihir Istana atau ilmu RAHIB yang betul. Dia tidak teragak agak untuk mengikut PANDUAN dan FORMULA yang telah diajarkan. Bukan macam yang dibuat olehku. Teragak agak untuk mengikut GPS.

dsc04635

Kisah yang sentiasa kita baca semasa kecil dahulu, rupanya berlaku di daerah ini. Di sini lah tempat remaja tersebut berhadapan dengan binatang buas yang mengganggu jalan penduduk. Melihat kepada rupa bentuk geografi Najron, memang memungkinkan untuk menjadi tempat tinggal binatang buas. Dengan keberanian yang ditunjukkan oleh remaja tersebut, agama Allah, agama samawi yang menyembah Allah yang esa dapat di amalkan secara meluas oleh masyarakat ramai. Jikalau sebelum ini, semua orang takut untuk menyembah Allah.

Selepas peristiwa hukuman bunuh terhadap remaja tadi dijalankan, semua orang bebas menyembah Allah. Cuma di sana tidak ada ‘route’ yang ditunjukkan dimana kah istana terletak dan dimanakah rumah Rahib yang disinggahi oleh remaja tadi. CUMA cerita tersebut di tulis dan di pamerkan dalam Muzium Najron. Muzium terletak di hadapan tapak arkeologi bandar lama Najron. Di sana terdapat tapak masjid yang dibina pada zaman Khalid Al Walid yang di hantar oleh Rasulullah saw untuk mengajak penduduk Najron memeluk Islam.

dsc047051

Sebelum kedatangan ISLAM, telah berlaku kisah yang menyanyat hati di bandar ini. Ini KISAH kedua selepas kisah remaja bersama ahli sihir, rahib dan raja yang zalim tadi.

Pembunuhan beramai ramai oleh Raja Yahudi yang bernama Zu Nawwas telah berlaku di sini. Kisah ini lah yang telah diceritakan kembali oleh Allah dalam Surah Al Buruj yang diturunkan di Makkah. Surah ini diturunkan untuk menguatkan semangat orang Islam Makkah bahawa siksaan yang diterima oleh golongan minoriti Islam pada masa tersebut seperti cerita Sumayyah, Yasir, Bilal bin Robah dan lain lain adalah satu perkara biasa. Perkara ini telah berlaku pada zaman dahulu, dan tempatnya tidak jauh dari Makkah ini, 750 km sahaja. Semua pedagang arab telah lalu di kawasan ini dahulu.

dsc04642

Jadi semua orang Islam Makkah dapat  menguatkan kembali hala tuju mereka untuk hidup  kerana Allah. Bukti telah ada di depan mata. Kawasan tersebut masih ada. Masih wujud. Kekal. Nabi Muhammad bukan pembohong.

20,000 orang yang menganut agama Allah telah dibunuh oleh Zu Nawwas dengan dipaksa masuk ke dalam parit yang dinyalakan api di dalamnya. Ini  kerana mereka ingin kekal menyembah Allah yang satu.

dsc04685co-pilot

Hidup kita mesti ada prinsip. Hidup untuk mendapat REDHA Ilahi. Pekerjaan dan hubungan family yang ada ialah satu cara mudah untuk kita mempercepatkan Allah meredhai kita. Jangan semua perkara tersebut menjadikan kita HILANG tumpuan dan hilang arah ‘GPS’ untuk menuju REDHA Allah.

Teruskan belajar dan mencari apa yang perlu kita buat untuk menukar dengan TEDUHAN Arash Allah di Padang Mahsyar nanti.

dsc04680

Madain Soleh – Kota Metropolitan yang ditinggalkan untuk IKTIBAR

“Ish… kau ni tak sabar sabar nak kawin ke?”. “Apa lah kau ni, kau manusia tak norml ke, anak Mak Datin tu, bukan sebarangan gadis tau, cantik, kaya, orang ternama dan yang lebih penting kita akan dapat gelaran Dato atau Tan Sri nanti bila kita dapat bunuh unta jahanam tu”, sambung kawan dia yang seorang lagi. “Kalau macam tu, jom malam ni kita pergi rumah Mak Datin tu dan kita jumpa dia di belakang bukit istana dia. Silap silap dia ajak masuk rumah, boleh tengok anak dara dia tu”.

Setelah mesyuarat dan perjumpaan rahsia diadakan antara Mak Datin bersama dua orang gangster, dan keputusan telah dicapai, datang lagi 7 orang gangster menjadikan mereka 9 orang. Setelah itu, berpakat lah mereka dengan mencari di manakah tempat yang sesuai untuk mereka membunuh unta Nabi Soleh ini. Adakah di tempat parking kereta Merc kita? Atau di belakang pejabat kita?

Senang je, kan unta tu tiap hari Selasa dia akan pergi minum di bandar Hijir, kita tunggu je lah di celah bukit tu. Bila unta tu lalu, terus kita libas  kaki dia, kan unta tu tinggi.. Senang kita menyorok di bawah. Dia tak nampak kita. Bincang mereka secara terperinci dalam Operasi Camel mereka.

14102008322Di belakang bukit sana tempat mereka melibas kaki unta Nabi Soleh dan terus membunuhnya. Ini adalah laluan yang Nabi Muhammad saw telah lalu untuk  Mu’tah bagi mengajak orang sana memeluk Islam. Musa An Nusair, Leftenan tentera Islam yang menakluki Gibraltar pernah melalui KAWASAN ini. Laluan antarabangsa hingga zaman Osmaniyah.

Seterusnya, Operasi Camel mereka telah berjaya, dan telah menjadi ‘breaking news’ pada pagi tersebut. Terus seluruh masyarakat Kota Metropolitan tersebut pergi mengejek Nabi Soleh.

Mereka bertanya, “Dimanakah AZAB Allah yang kamu janjikan jika kami tidak beriman kepada kamu dan membunuh unta kamu. Kami telah dapat mengalahkan TUHAN kamu. Tengok, unta yang keluar dari bukit batu pun, kami dapat bunuh. Setakat nak bayar unta kamu ni, kami pahat bukit dan ukir ukiran di dinding rumah, kami bagi hadiah je pada TUHAN kamu nanti sebagai bayaran unta ni”.

Kemudian, Nabi Soleh telah diberikan wahyu oleh Allah melalui perantaraan Jibril alaihissalam, azab akan sampai dalam masa 3 hari. Tsunami, gempa bumi, banjir terbayang dalam kepala mereka.

“Ahh..persetan kan itu semua. Kita akan selamat, kita mempunyai rumah yang kukuh dan kuat  ‘foundation’ nya. Rumah kita kan dalam bukit. Tiada siapa yang dapat mengalahkan kita. Bila datang kesusahan seperti yang dijanjikan Soleh si keparat tu, kita masuk je lah dalam bukit kita masing masing. Kita kan dah maju. Semaju Kota Tokyo yang lengkap dengan alat penggera bencana alam dan sebagainya”. Ngomel si ketua gangster sambil menjuih kan mulutnya pada Nabi Soleh.

Dan setiap hari muka mereka bertukar WARNA, tanda azab akan sampai dan masih ada peluang untuk bertaubat. TETAPI mereka angkuh dan sombong, masih berkeyakinan mereka lah yang paling pandai memerintah dan paling pandai mentadbir alam ini, walaupun penuh dengan rasuah dan hipokrit.

Sampai hari ketiga, tidak semena mena bunyi letupan yang kuat, mungkin sekuat bom bunyi yang dilepaskan oleh ISRAEl kepada sahabat sahabat kita di Ghazzah minggu lepas. Terus semua terkulai layu mati di tempat perbaringan mereka.

Yang tinggal hanyalah seorang perempuan yang selamat dan sambil terhenjut henjut terus berlari keluar dari Bandar tersebut mengikut jejak kesan Nabi Soleh yang telah keluar sebelum waktu subuh lagi.

Dia terus berlari dan terus berlari takut takut bunyi gegak gempita akan menyerang dia lagi. Dan bila sampai di satu tempat dan berjumpa dengan satu kabilah, terus dia menceritakan perihal ‘breaking news’ yang berlaku di KOTA METROPOLITAN Madain Soleh.

Dan sehingga sekarang cerita ini masih kekal dalam AL QURAN dan diceritakan kembali oleh ulama kita Ibn Kathir dalam kitab beliau ‘ al bidayah wan nihayah’. Sejarah Madain Soleh lebih awal dan lebih lama dari sejarah Piramid dan Firaun di Mesir. Nabi Soleh lebih awal dari Nabi Musa.

141020083241Bumbung rumah dalam kota yang ditinggalkan oleh penduduk awal tahun 1930 masihi. Boleh di lihat dan di lawati. Boleh mendapat pengalaman baru dengan melaliu denai denai dan lorong lorong dalam kota tersebut. Semangat kejiranan yang tinggi atara Muslimin ketika ini begitu tinggi.

Madain Soleh

13102008251

Ini lah suasana bandar yang disebut dalam al quran dalam kisah Nabi Soleh. Ini adalah bandar atau kota metropolitan pada zaman tersebut.

Pada masa tersebut ada 9 orang gangster yang bermaharaja lela di dalam bandar ini. Dan seoang janda kaya atau mak datin yang menawarkan gadis cantik dan harta untuk mereka mereka yang dapat membunuh unta ajaib Nabi Soleh. Maka bermula lah kisah yang telah berlaku dan telah…..

bersambung….

13102008274

13102008260

13102008296

14102008329

14102008324

20081022374

Illuminati

Petikan dari post  sebelum ini.

Mereka bebas melakukan apa saja. Semua tunduk kepada kehendak mereka. Semua membantu mereka. Dan semua TAKUT kepada mereka. Siapakah mereka?

Tunggu…!

Cuba tengok ini dulu sebelum kita pergi lebih jauh.

“Bukan macam tu yang saya maksudkan sebenarnya”, kata Abang Herizam kepada saya sejurus selepas selesai Forum Maal Hijrah 1430 di Dataran Masjid Mas’aril Haram, Muzdalifah. ‘Maksud abang?”, sambut saya. Abang Herizam menyambung, “Kenapa semua pemimpin Islam dari semua negara berbeza pendapat, contohnya dalam isu Palestin dan Ghazzah hari ini, Indonesia nak hantar pemuda berani mati, Saudi senyap, Mesir masih  tutup sempadan dan negara kita macam tiada isu.”

Saya terus teringat tentang Illuminati. Kenapakah semua umat Islam dan PEMIMPIN umat Islam tidak boleh bersatu? Itu yang di inginkan jawapan oleh salah seorang jurutera yang hadir dalam forum yang dianjurkan oleh ‘abang Khuzaini n da gang’.

Soalan tentang Illuminati terus saya ajukan pada abang Herizam. Beliau menjawab, belum pernah lagi tu.Saya pernah tengok dan ada research tentang benda ni. Dia terus berminat. Tambah pula, tok ketua Abang Khuzaini telah mendengar idea saya untuk membincangkan illuminati tersebut.

Illuminati adalah satu kumpulan dari Yahudi. Mereka lah sekarang ini yang menguasai dunia sekarang. Dan tangan tangan mereka lah sekarang ini yang melakukan semua benda kerosakan yang berlaku, dengan izin Allah seperti mana Allah mengizinkan IBLIS dapat hidup tanpa mati sampai hari KIAMAT dan dapat mengacau manusia.

Malam berikutnya, saya telah dapat meng”akses” seorang yang popular di Malaysia dengan ceramah ILLUMINATI ini. Sementelah dia sedang berada di Saudi Arabia sekarang dan pula sedang menguruskan projek dia di Makkah. Terus saya bertanyakan masa beliau melalui telefon. Dan alhamdulillah, waktu telah ditetapkan. Selepas solat Jumaat.

ismail-omarUstaz Ismail Omar – Engineer PhD Australia

Antara POINT yang boleh kita utarakan bersama untuk memudahkan kefahaman tentang TEORI KONSPIRASI ini ialah buku tentang komplot dan konspirasi mereka telah dijumpai dan dtelah disebar luaskan, iaitu buku PAWNS IN THE GAME.

Sedikit tentang ulasan tentang buku ini.

SEJARAH ILLUMINATI – BUKU PAWNS IN THE GAME

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat:
“Sujudlah kamu kepada Adam”; maka mereka sujudlah melainkan iblis; ia berkata: “Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah?” [al-Isra’ 17:61]
Allah berfirman: “Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?” Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.” [al-A’raaf 7:12]

Allah berfirman: “Hai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?” Iblis menjawab: “Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.” Allah berfirman: “Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir.

Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke Hari Kiamat.”Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (Hari Kiamat).” Allah berfirman: “Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh. Hingga ke hari – masa yang termaklum.” Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperindahkan (segala jenis kemungkaran) kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.” [al-Hijr 15:32-39]

(Iblis berkata): Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga Hari Kiamat, tentulah aku akan menyesatkan zuriat keturunannya (manusia), kecuali sedikit (di antaranya). [al-Isra’ 17:62]

Komplot dan konspirasi di langit telah diwarisi ke dunia apabila syaitan mencabar keagungan Tuhan seperti yang termaktub dalam ayat-ayat suci Kalamullah. Semenjak saat itu, syaitan dan legasinya meneruskan komplot mereka di atas muka Bumi. Dunia menjadi huru-hara dan kucar kacir akibat perbuatan keji hamba-hamba legasi syaitan yang seluruh jiwa dan badannya telah dirasuk syaitan.

Legasi dan hamba hamba syaitan ini lah yang meneruskan kerja kerja syaitan di dunia sekarang ini. Merekalah bidak-bidak yang telah mati hatinya dari kebenaran.Mereka merancang dengan teliti dan sangat sulit. Sejarah dunia telah mereka petakan awal-awal lagi dalam perancangan mereka. Pertubuhan sulit yang kebanyakannya mengaku beragama Yahudi mazhab lucifer ini sebenarnya manusia-manusia yang tidak bertuhan sama sekali. Pertubuhan ini dinamakan sebagai ILLUMINATI. Di tubuhkan pada 1 Mei 1776 oleh Adam Weishaupt.

Laungan mereka tidak ubah seperti Syaitan ketika membantah untuk sujud pada Adam a.s, bahawa mereka adalah “bangsa terpilih” yg paling layak memerintah dunia dan seluruh manusia yang bagi mereka adalah GOYIM (Binatang ternakan). Mereka mengatakan bahawa kekuatan adalah kebenaran dan sangat berbangga kononnya mereka adalah kejadian yang paling utama dan mempunyai kepintaran yang tiada tandingan. Ideologi mereka adalah Ideologi Totalitarianisme iaitu suatu cara pemerintahan yg menundukkan semua kuasa di bawah pemerintahan tunggal. Adam Weishaupt berjaya mengumpulkan hampir 2000 bidak-bidak yang pakar dalam bidang masing-masing untuk diletakkan dalam posisi masing-masing dalam kerajaan-kerajaan dunia bagi memudahkan mereka untuk memusnahkan kerajaan itu.

Mereka berusaha memecah belahkan manusia dengan fitnah-fitnah dan akhirnya akan berbunuhan sesama sendiri dan semakin lemah dan dengan sendirinya hancurlah kerajaan kebangsaan dan syariat-syariat agama.

masa-ceramah

Di antara taktik dari ilham Syaitan termasuklah:

  • Menggunkakan rasuah dan seks untuk menguasai orang yg menduduki tempat-tempat tinggi dalam berbagai-bagai jawatan kerajaan di seluruh dunia. Apabila orang ternama itu telah masuk dalam perangkap mereka, orang itu akan diugut untuk memecahkan aibnya dan menghancurkan kewangan mereka. Bahkan maut akan menanti jika mereka enggan patuh pada arahan ILLUMINATI.

  • Anggota-anggota Illuminati yg berjawatan dalam kerusi-kerusi universiti hendaklah menjalankan usaha memujuk penuntut mereka yang berbakat istimewa untuk cenderung berfahaman internasionalisme dan sanggup dilatih. Pelajar-pelajar berkenaan akan diberikan biasiswa. Mereka ini akan didoktrin agar menerima fahaman tentang keperluan ditubuhkan kerajaan tunggal dan pemerintahan inilah yang akan menamatkan huruhara dunia akibat peperangan. Pelajar-pelajar itu dipujuk dengan hasutan bahawa orang yg mememiliki keistimewaan akal dan kebolehan ini lah yg patut memerintah orang-orang lain yang tidak berkebolehan kerana GOYIM yang terdiri daripada orang kebanyakan tidak mengetahui sebenarnya apa yg mendatangkan mudharat kepada fizikal, mental dan spiritualnya. Di antara sekolah-sekolah yang memberi latihan tersebut adalah seperti Gordonstoun (Prince Philip mendapat didikan di sini), Scotland dan Anavryta.

  • Orang-orang berpengaruh dan penuntut-penuntut yang terdidik inilah yg digunakan sebagai bidak-bidak dan ditempatkan di tempat-tempat saintifik dan jabatan-jabatn kerajaan sebagai Pakar, penasihat dan perunding agar dapat mereka menasihati pegawai-pegawai atasan untuk menjalankan polisi-polisi yang lama kelamaan akan menghancurkan seluruh kerajaan yg ada berserta agamanya

  • Illuminati berusaha menguasai media massa yg lain. Berita dan maklumat hendaklah diputarbelitkan agar GOYIM mempercayai bahawa dengan penubuhan sebuah pemerintahan sahaja dapat menyelesaikan masalah-masalah yg dihadapi manusia (Sebenarnya ditimbulkan oleh mereka juga!)

Komplot sulit ini bagaimanapun telah terbongkar apabila pada tahun 1784, kerajaan Bivaria telah memperoleh bukti dan penerangan tentang komplot ini apabila utusan yang ditugaskan untuk mengedarkan “Einige Original Scripten” buku tentang perancangan sulit revolusi Peranchis di temui di tangan utusan itu yang mati di panah petir ketika dalam perjalanan. Dokumen-dokumen itu diedarkan kepada pihak pemrintah dan serta merta pada 1785, Illuminati diharamkan oleh kerajaan Bavaria. Sarang-sarang sulit mereka ditutup dan kerajaan mengeluarkan naskhah “The original writing of the order and sect of the illuminati dan diedarkan kepada ketua-ketua gereja dan ketua negara.

Kemudian komplot ini menyeludup ke bawah tanah. Anggotanya menyusup ke dalam sarang-sarang sulit “Blue Masonry” dan membentuk sebuah kongsi gelap. Meraka berselindung di sebalik kerja-kerja kebajikan. Mereka membiayai orang-orang seperti Karl Marx dan Engel yg telah menulis tentang “The communists manifesto” dan “Das Capital” di bawah arahan ahli-ahli Iluminati. Ritter, seorang anggota illuminati, pensyarah universiti frankfurtit juga menulis sebuah buku berbau ideologi “Antit hesis” di bawah kelolaan pertubuhan lain yg sebenarnya anggota illuminati juga.

Tujuannya supaya berlaku pertembungan ideologi yg bakal membawa kepada pertelingkahan. Usaha Ritter diteruskan oleh Fredrich Wilhem Nietzche pengasas ideologi Nietzcheism yg seterusnya berkembang menjadi Fcist dan Nazisme yg mana digunakan oleh agen illuminati untuk membangkitkan perang dunia pertama dan kedua.

1834, pemimpin Revolusi Itali, Quisappi Mazzini telah dipilih Illumnati sebagai pengarah untuk mengendali program revolusi seluruh dunia sehingga 1872.

Bersambung….

Forum Maal Hijrah

tn-hj-abd-rahman5Tuan Pengerusi Majlis – Haji Khuzaini,ahli panel pertama – Tuan Badrul Hisyam

tn-hj-abd-rahman-copy1

tn-hj-abd-rahman2yang diraikan rakan saya – Sheikh Helmi

Gambar oleh ustaz Lotfi -Jazakallahu khair

Syarat untuk menjawat jawatan Ketua Bidadari di hari penilaian dan hari temuduga nanti ialah;

1. Taat kepada suruhan Allah.

2. Solat 5 waktu tanpa dolak dalik. Di Awal waktu. Di tunaikan tepat pada masa,bukan QADHA’. Ditunaikan dengan penuh minat dan rasa WAJIB dibuat. Bukan sambil lewa dan sekadar melepas batuk ditangga. Merasakan SOLAT itu yang paling PENTING.

3.Taat pada suami.Menegur dan menasihati ke arah kebaikan dengan BERHIKMAH dengan pandai melunturkan sifat ego marah sang suami.

Dan untuk makluman, pada hari temuduga, semua calon berpakaian paling seksi TETAPI layanan yang sama  tetap akan diberikan kecuali bagi mereka yang sentiasa BERSELAWAT kepada Rasulullah saw. Pegawai yang bertugas tidak akan melayan permintaan dan pujuk rayu anda. Jadi buatlah persiapan yang secukupnya sebelum anda memasuki temuduga tersebut. BERHIJRAHLAH ke arah yang lebih baik.