Puasa 10 Muharram

11012009-poster-asyura-1Alhamdulilah, masih sempat mengamalkan satu perkara sunat dan sunnah Nabi iaitu puasa pada 10 Muharram. Semua orang tahu kelebihan puasa pada hari ini. Dan kita tidak dibenarkan berpuasa hari SEPULUH sahaja, kita mesti berpuasa sehari sebelum atau sehari selepas.

Cuma pada kali ini, ketepatan tarikh 10 Muharram dan juga perbezaan antara TAKWIM dan RU’YAH… Bagi kita, yang mana kita perlu ikuti?

11012009-poster-asyura-2

Untuk mendapatkan PENERIMAAN amalan daripada Allah kita mesti memenuhi 2 syarat iaitu, IKHLAS kerana Allah dan yang kedua MENGIKUT apa yang di ajar oleh Rasulullah saw. Semoga kita semua yang telah berpuasa 10 Muharram ini telah mengamalkannya dengan mengikuti 2 syarat tersebut insya Allah.

Untuk jawapan tarikh mana yang perlu kita ikuti, sila ke blog tintaharamain.blogspot.com

Sempena sambutan tahun baru hijrah 1430 baru baru ini, satu majlis untuk memperbaharui azam sempena pertukaran tahun baru telah diadakan di MUZDALIFAH.

Antara yang telah di ‘highligt’ kan ialah rahsia dan kestimewaan hijrah Rasulullah saw ke Madinah dan bagaimanakah sambutan yang sesuai yang perlu kita buat setiap tahun.

Rasulullah saw ke Madinah melalui jalan dan rintangan yang susah sedangkan ketika Rasulullah saw ke Palestin semasa baginda berumur 51 tahun, 2 tahun sebelum, baginda di bawa oleh Jibril alaihissalam dengan menaiki kenderaan yang secepat kilat. Kenapa Allah tidak menggunakan kemudahna yang sama ketika HIJRAH ke Madinah ini? Supaya kita semua umat Muhammad saw tahu yang jalan untuk menyebarkan Islam dan memberi faham kepada masyarakat tentang Islam adalah sesuatu yang susah dan sukar.

Semoga kita semua tabah dan terus bersemangat untuk meninggikan Islam walaupun usaha puak kuffar dengan begitu angkuh menghapuskan umat islam di BUMI GHAZZAH, PALESTIN sekarang ini. Takbir, Allahu Akbar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s