Najron, Bandar Lama Sarat dengan Sejarah

“GPS ni betul ke idak ni YANG?” soalku pada isteri. “Kenapa pulak? Kan dia tu komputer, mesti betul”, sahut isteriku yang dari tadi tidak dapat lena disebabkan kantuk yang melanda diriku. Berjaga untuk memastikan pemanduanku tidak berbahaya kepada kami sekeluarga.

dsc04396

“Ni dia menunjukkan arah yang berbeza dari yang kita datang tadi ni, rasa macam salah je ni”, tambahku. “Kalau GPS tu dah jadi panduan perjalanan, ikut je lah. Mesti GPS tu yang betul. Jangan nak memandai pulak, sesat kita nanti, nanti masuk highway ke Khamis Musayyat waktu malam baru susah hati”, sambung isteriku.

Betul kata isteriku itu. Kalau dah Quran Hadis tu diiktiraf sebagai panduan dan perlembagaan hidup, kenapa nak memandaikan diri tak nak ikut pulak. Betul lah yang Quran Hadis kata tu. GPS tu dah dijadikan panduan perjalanan, ikut jelah. Dalam sistem dia, kita dah ‘set’ kan “the fast way”, mesti dia tunjukkan jalan terdekat untuk sampai ke destinasi. Jangan berdolak dalik lagi.

Itulah kisah yang berlaku di Najron. Bandar lama yang masih menarik perhatian untuk diziarahi. Panduan yang telah ditunjukkan oleh RAHIB yang mengajar remaja GENIUS telah diguna pakai oleh remaja tersebut untuk membandingkan ilmu ahli sihir Istana atau ilmu RAHIB yang betul. Dia tidak teragak agak untuk mengikut PANDUAN dan FORMULA yang telah diajarkan. Bukan macam yang dibuat olehku. Teragak agak untuk mengikut GPS.

dsc04635

Kisah yang sentiasa kita baca semasa kecil dahulu, rupanya berlaku di daerah ini. Di sini lah tempat remaja tersebut berhadapan dengan binatang buas yang mengganggu jalan penduduk. Melihat kepada rupa bentuk geografi Najron, memang memungkinkan untuk menjadi tempat tinggal binatang buas. Dengan keberanian yang ditunjukkan oleh remaja tersebut, agama Allah, agama samawi yang menyembah Allah yang esa dapat di amalkan secara meluas oleh masyarakat ramai. Jikalau sebelum ini, semua orang takut untuk menyembah Allah.

Selepas peristiwa hukuman bunuh terhadap remaja tadi dijalankan, semua orang bebas menyembah Allah. Cuma di sana tidak ada ‘route’ yang ditunjukkan dimana kah istana terletak dan dimanakah rumah Rahib yang disinggahi oleh remaja tadi. CUMA cerita tersebut di tulis dan di pamerkan dalam Muzium Najron. Muzium terletak di hadapan tapak arkeologi bandar lama Najron. Di sana terdapat tapak masjid yang dibina pada zaman Khalid Al Walid yang di hantar oleh Rasulullah saw untuk mengajak penduduk Najron memeluk Islam.

dsc047051

Sebelum kedatangan ISLAM, telah berlaku kisah yang menyanyat hati di bandar ini. Ini KISAH kedua selepas kisah remaja bersama ahli sihir, rahib dan raja yang zalim tadi.

Pembunuhan beramai ramai oleh Raja Yahudi yang bernama Zu Nawwas telah berlaku di sini. Kisah ini lah yang telah diceritakan kembali oleh Allah dalam Surah Al Buruj yang diturunkan di Makkah. Surah ini diturunkan untuk menguatkan semangat orang Islam Makkah bahawa siksaan yang diterima oleh golongan minoriti Islam pada masa tersebut seperti cerita Sumayyah, Yasir, Bilal bin Robah dan lain lain adalah satu perkara biasa. Perkara ini telah berlaku pada zaman dahulu, dan tempatnya tidak jauh dari Makkah ini, 750 km sahaja. Semua pedagang arab telah lalu di kawasan ini dahulu.

dsc04642

Jadi semua orang Islam Makkah dapat  menguatkan kembali hala tuju mereka untuk hidup  kerana Allah. Bukti telah ada di depan mata. Kawasan tersebut masih ada. Masih wujud. Kekal. Nabi Muhammad bukan pembohong.

20,000 orang yang menganut agama Allah telah dibunuh oleh Zu Nawwas dengan dipaksa masuk ke dalam parit yang dinyalakan api di dalamnya. Ini  kerana mereka ingin kekal menyembah Allah yang satu.

dsc04685co-pilot

Hidup kita mesti ada prinsip. Hidup untuk mendapat REDHA Ilahi. Pekerjaan dan hubungan family yang ada ialah satu cara mudah untuk kita mempercepatkan Allah meredhai kita. Jangan semua perkara tersebut menjadikan kita HILANG tumpuan dan hilang arah ‘GPS’ untuk menuju REDHA Allah.

Teruskan belajar dan mencari apa yang perlu kita buat untuk menukar dengan TEDUHAN Arash Allah di Padang Mahsyar nanti.

dsc04680

7 responses to “Najron, Bandar Lama Sarat dengan Sejarah

  1. sungguh manis senyuman co-pilot kamu..ingatkan dapat jumpa di makkah bila kita ke sana nanti pada bulan march, rupa2nya dah nak balik malaysia bulan depan. jangan lupa singgah di teratak buruk akak di KB bila balik ye. nanti kita jamu ayam percik.

  2. Ya Ustaz;

    Kalau Ustaz datang semula ke Mekah, jangan lupa update tau, sebab kita orang perlukan khidmat Ustaz untuk ke Mad’ain Salleh dan Najron ….

    Insya Allah kita akan bertemu semula

  3. Barakallahu fikum..kali ni cerita tentang ashabul ukhdud..bukan ramai yang tau tentang ashabul ukhdud ni ustaz..die orang tau pon pasal Ukhud bukan ukhdud.bunyi hampir same2 je..ape pon,banyak maklumat pasal saudi ni yg ana tak faqeh lagi..sirah2 pon masih jahil lagi..

  4. assalamualaikum

    Man, macam mana nak berhubung dengan enta? Ana berminat nak petik catatan enta di blog aje. Pastu ana akan masukkan dalam majalah RIO. Boleh enta bagi emel yang selalu enta guna. Pastu ana akan maklum melalui emel.

    emel ana aubaidillah@gmail.com

    wassalam.

  5. ok Ustaz Ubai… Ana setuju je dengan pandangan anta. Mana yang sesuai anta ambil dan edit.
    Semoga Allah memudahkan segala urusan anta Bai..
    Email ana : rahman02@yahoo.com

  6. salam…

    sungguh menarik post kali ni…
    terima kasih kerana membawa kisah2 sejarah dalam blog almakki yang makin megah berdiri…
    mungkin leh wat banyak lagi post2 “cuti2 arab saudi” mcm ni…
    kkk..bye2.wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s