Ain Zubaidah – Teknologi Islam Telah Melampaui Zaman

Satu keajaiban yang pernah berlaku dalam sejarah Islam ialah air yang terletak jauh dari Arafah dapat di salurkan terus ke sana  untuk kegunaan jemaah haji. Di zaman itu belum ada enjin pam yang berkuasa kuda yang dapat mengepam air. Malah kuasa letrik pun belum ditemui. Juga sistem saliran belum dikenali di benua eropah.

Zubaidah adalah permaisuri kepada Sultan Harun Ar Rasyid. Khalifah di zaman kerajaan Abbasiyyah. Beliau dikatakan yang menjadi Project Manager untuk projek saluran air ini. Kisah Zubaidah disukai oleh rakyat kebanyakan  juga telah diceritakan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam kuliah beliau. Boleh rujuk mp3 yang ada di internet.

Kenapa ini semua dapat berlaku? Umat Islam telah sampai ke peringkat Gemilang, Cemerlang dan Terbilang pada zaman itu. Kenapa tahap tersebut dapat dicapai dengan mudah? jawapan mudah yang boleh kita utarakan ialah kerana umat Islam pada masa tersebut telah menguasai ilmu pengetahuan, telah menguasai segala ilmu penyelidikan dan YANG LEBIH UTAMA ialah umat Islam pada masa tersebut MENG “AMAL” KAN Islam secara menyeluruh tanpa berdolak dalik dan alasan yang remeh.

Bila kita kembali kepada ajaran yang telah di ajarkan oleh Nabi kita Muhammad saw, Allah akan buka kan segala jalan untuk kita terus maju dan mengorak langkah ke depan.

Macam mana kita boleh terfikir, bahawa di zaman yang kita anggap belum maju dan belum ‘established’ boleh mengumpulkan kepandaian yang terbaik untuk memudahkan umat Islam menunaikan Rukun Islam yang ke 5? Di zaman kita sekarang, segal ilmu dan teknologi sudah terbentang dan tersedia di depan mata, TETAPI kita tidak merealisasikannya untuk kemudahan UMAT ISLAM.

Bermula dengan LRT ( keretapi laju) untuk menghalang kesesakan sehinggalah kepada sistem pembuangan najis ataupun tandas yang bermutu perlu di utamakan dan dibina secepat mungkin untuk kemudahan umat Islam.

Ini bukan menyalahkan pihak berwajib. Tetapi ingin menilai kembali, dimanakah umat Islam itu sendiri. Adakah kita telah menyediakan anak-anak kita supaya dapat menyerahkan tenaga untuk menaikkan Islam? Adakah kita telah membuat sesuatu untuk menjadikan generasi akan datang lebih menjaga Islam? Atau kita hanya menyediakan anak anak kita untuk memenangi AF dan menjadi Juara Lawak Malaysia? Ish..ish..begitu rendah nilai anak anak kita rupanya, kalau itu sahajalah target dan vision ibu ayah mereka. Nau’zubillah.

dsc03757

Semasa melalui kesan tinggalan Ain Zubaidah kelmarin, kami melepasi kawasan tersebut dengan kesedihan kerana musibah yang menimpa anak anak gadis Abang Zuraili dan Uncle Halim dari Profesional Malaysia yang bekerja di Yanbu’.

Kemalangan yang tidak diduga telah menjadikan satu latihan untuk kami merasai beginilah saudara kita di Palestin mengalami kesusahan dan kesakitan. Kita sebagai saudara sekelompok dan yang dekat dengan kita, kalau kita masih tidak merasai keperitan yang di alami oleh keluarga Abang Zuraili dan Uncle Halim, itu tandanya kita masih ada sesuatu yang perlu disemak dalam diri kita.

anak-mama-bungas

Semoga mereka semua cepat sembuh dan lulus cemerlang semua exam yang akan di tempuhi minggu ini.

2 responses to “Ain Zubaidah – Teknologi Islam Telah Melampaui Zaman

  1. Salam ustaz…

    Rasa terkilan sesangat pd kengkwn kerana xdpt meneruskan lawatan tempohari diatas apa yg telah berlaku. Tapi akak dan suami redha setiap apa yg berlaku pasti ada hikmah dpd Allah. Hanya Allah yg mengetahui disebalik apa yg berlaku….

  2. insya Allah… Ada yang lebih baik yang Allah dah bagi untuk kita. Allah nak tahu sejauh mana rapatnya ukkhwwah dan rasa persaudaraan antar group profesional Yanbu.

    Yang mana kawan sejati dan yang mana kawan ketika susah..

    Good kak..teruskan blog anda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s