bersih cekap AMANAH

Satu slogan yang di popularkan oleh Tun Dr Mahathir semasa awal pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 4 pada 1981 dahulu. Slogan yang menepati ciri ciri Islam. Tetapi sekarang ini, walaupun beliau sudah hampir 5 tahun melepaskan jawatan TERTINGGI dalam negara, slogan tersebut masih tetap tinggal slogan untuk rakyat Malaysia yang berada di peringkat atasan.

Juga pihak polis menggunakan slogan ini sebagai slogan mereka.

Yang diharap sekarang hanyalah rakyat bawahan dipaksa dan diperah untuk mengikuti slogan ini. TETAPI semua orang tahu yang ini adalah benda yang di TUNTUT dalam Islam.

Satu ayat dalam Al Quran surah Al Ahzab menceritakan bahawa AMANAH yang diberikan kepada manusia adalah satu benda yang berat. Segala langit bumi bukit bukau telah menolak untuk memikul tanggungjawab menjaga bumi ini. TETAPI manusia yang berbadan kecil ini telah menerima TANGGUNGJAWAB tersebut.

إِنَّا عَرَضۡنَا ٱلۡأَمَانَةَ عَلَى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱلۡجِبَالِ فَأَبَيۡنَ أَن يَحۡمِلۡنَہَا وَأَشۡفَقۡنَ مِنۡہَا وَحَمَلَهَا ٱلۡإِنسَـٰنُۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ ظَلُومً۬ا جَهُولاً۬

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan


Maka lihatlah apa  yang berlaku sekarang ini. Manusia tidak berasa bahawa dia telah berdepan dengan segala amanah tersebut.

Sehinggakan kita semua rakyat bawahan ini berasa sangat takut, gerun, bimbang dan keluh kesah dengan amanah yang dipikul oleh mereka yang berada di atas. Kerana kita semua tahu yang mereka telah dan akan mengabaikan amanah tersebut.

Semoga kita semua selamat dari cubaan dan fitnah ini.

One response to “bersih cekap AMANAH

  1. Salam… Biasa ler manusia ni… Mereka ni bukan fikir tanggung jawab yang dipikul tapi mengejar pangkat! Nak majukan diri sendiri dengan kroni!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s