Subuh di Masjid Derga, Malam di Auto City

“You baru balik dari Mekah ya maa…?” tanya amoi yang berjualan di gerai pameran di Auto City,  sempadan Kedah Perak Penang. ” You know about Mekah?”, “Yes, Saya tahu. Dah lama awak di Mekah? Sana musim panas atau musim sejuk sekarang?”, soal amoi tersebut bertalu talu.

Kakak ipar saya terus menjawab sambil melawak,” Lama mereka dok Mekah, dah tak kenal jalan di Malaysia”. Kami yang berpakaian jubah dan abaya terus melirik semua barangan yang tak pernah kami tengok masa di Makkah.

dsc05510

Tapi amoi tersebut masih melontarkan solan kepada kami,” Sana berapa degree ya suasana panas sekarang?. Masya Allah, terus terdetik di hati saya, alhamdulillah, amoi ni dah terbuka hati dia untuk mengetahui tentang Islam. Bila mereka bertanya tentang Makkah dan tahu serba sedikit tentang Makkah, ini bermakna hati mereka telah masuk sedikit cahaya Islam untuk  menerangi dan menunujukkan mereka ke jalan yg betul, Alhamdulillah.

TERIMA KASIH kepada rakyat yang telah memilih kerajaan Islam. ini sedikit sebanyak kesan UTAMA bila Islam dah di’highlight’kan kepada masyarakat.

Inilah tugas UTAMA kita. Menjaga bumi dengan ISLAM. Supaya semua orang dan semua manusia kenal ALLAH, tuhan seluruh alam dan supaya semua bangsa hidup di bumi dengan menyembah Allah Yang Maha Esa.

CUMA, tugas yang perlu di follow up ialah kita mesti memudahkan mereka mereka seperti amoi ini untuk MENDAPATKAN MAKLUMAT TENTANG Islam dengan lebih mudah. Supaya info ISLAM di hujung jari atau yang lebih PENTING, info ISLAM sampai kepada mereka ini dengan di BAWA oleh seseorang. BUKAN mereka sindiri yang mencari.

Bila mereka Islam dan sujud kepada Allah dengan sebab kita, konsep MLM akan terus masuk ke dalam point dan akun kita insya Allah.

Begitu juga, alhamdulillah, solat subuh di Masjid Derga, jalan Telok Wanjah, jemaah lebih kurang 200 orang. Hampir 4 saf lebih.

Ini menandakan negeri ini akan aman dan makmur bila ramai masyarakat telah berminat untuk solat SUBUH di masjid. Seperti rencana yang telah ditulis oleh Subky Latif, Islam Hanya Akan Menang Bila Solat Subuh Di Masjid Akan Ramai Seperti  Solat Jumaat.

Ini adalah janji yang pasti.

Semoga negeri kita selamat untuk didiami oleh kita dan keluarga kita serta anak cucu kita insya Allah. Jangan senang senang kita dan anak kita dikambinghitamkan oleh pemimpin kita untuk menyelamatkan mereka dari pembunuhan yang mereka lakukan.

3 responses to “Subuh di Masjid Derga, Malam di Auto City

  1. uhhhh…uhhh Lupa..sorry Pi. 017-2548 202
    ayu 017-2548 225

  2. man…bukan sekarang amoi tu cakap tapi sikalang:)apelah enta…xde lahjoh cina langsung:P

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s