Makkah, tempat idaman hati untuk beribadah

Alhamdulillah, pak cik dah berjaya masukkan 10 ribu dalam akaun Tabung Haji untuk pak cik ke Mekah,” kata Pak cik Mustafa membuka bicara denganku sambil mengunyah roti canai telor. “Ya ke, pak cik? Masya Allah lah kalau macam tu,” Aku bersyukur dengan kata kata pak cik Msutafa. “Bila pak cik boleh pergi? “Insya Allah tahun depan boleh pergi, sebab pak cik ni dah lebih umur 63, Tabung Haji bagi keutamaan. Tak perlu ikut kouta, sebab umur dah lanjut”.

Alhamdulillah, tahun berikutnya aku dapat bertemu Pak Cik Mustafa di Hotel Janadariah di Makkah. Beliau dapat sampai ke Makkah dan dapat menunaikan hasrat hatinya.

dsc05255

Ini lah suasana hari ini. Untuk ke Makkah memerlukan belanja yang begitu besar. Ini tahun 2009. Cuba bayangkan dalam tahun 2015. Semua hotel telah bertukar kepada hotel 5 bintang. Semunya naik harga. Warga muslim dari negara China juga telah dapat visa dengan hubungan diplomatik Beijing Riyadh bertambah baik. Ini menambahkan lagi jumlah Muslim di Makkah nanti. Muslim negara China lebih ramai dari penduduk Malaysia negara kita.

Kalau kouta 10% dari penduduk negara China sahaja dibenarkan, Muslim China akan menjadi jemaah haji paling ramai dan akan mengalahkan jemaah haji dari Indonesia yang bilangan mereka sebelum ini adalah 260,000.

Semoga suatu hari nanti, akan ada tindakan yang lebih baik dari semua pihak antarabangsa untuk menurukan kos menunaikan jemaah haji bagi semua Msulim dari segenap pelosok alam.

One response to “Makkah, tempat idaman hati untuk beribadah

  1. Salam. Betul ker akan turun? Bukan apa, bila tengok keadaan hotel 5 bintang tu, rasanyer hanya orang2 yang berkemampuan jer yang boleh menginap. Untuk orang2 yang seperti saya nampak gaya jauh ler kena menapak. Mungkin orang yang seusia saya, insyaallah boleh lagi. Tapi bagaimana dengan orang2 tua yang uzur? Kesiannnn….Apa2 pun mudah2an Allah mempermudahkan segala2nya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s