Monthly Archives: April 2009

7 SUNNAH RASULULLAH

JAGA  7  SUNNAH RASULULLAH saw.

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari.

Ketiga:  Jangan tinggalkan masjid terutama waktu shubuh.Solat Subuh berjemaah di masjid.

06042009752

Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari.

Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat.

P/S : Kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua

Sandwich yang lazat

“Ish tabgho anta? tanya pekerja Bangladesh pada saya. “Ab gho dajaj wa tuna”, sambut ku.

“Toyyib”, jawabnya sambil tersenyum. ” Ijlis hina”, sambil dia mengheret kerusi kepada ku.

” ha za roq mus sirri internet”, katanya.

Masya Allah, ni dah bagus ni. Niaga sandwich pun ada internet free. Ni dah kira bagus ni.

Dahla layanan dia bagus. Ada internet wifi lagi.Mesti aku datang sini tiap hari ni.

Sandwich yang tak sedap pun akan jadi sedap.

Ini lah yang perlu kita masukkan dan terapkan dalam penghidupan kita seharian dalam MENGAMALKAN Islam.

Macam mana kah kita nak perkenalkan Islam kepada non muslim? Anggaplah Islam itu sandwich. Kita nak berniaga Islam. Macam mana kita nak pasarkan sandwich kita supaya laku dan di beli ramai?

Dengan sandwich yang betul betul dah sedap, iaitu Islam yang betul betul dah bermutu, marketing Islam lebih cepat sepatutnya.

Ini yang perlu kita terapkan dalam kehidupan kita seharian. Kita semua adalah pendakwah Islam sebenarnya tak kira siapa anda. Anda bertangggungjawab kepada Islam. Apa maksud bertanggungjawab? maksudnya, ada sedikit soalan yang akan perlu kita jawab di depan Allah besok.

Semoga Islam di lihat lebih tinggi dari segalanya.

12042009763

Sesiapa yang solat SUBUH berjemaah…

” Man sollal fajr fi jama atin fahuwa fi zimmatillah”. Ini hadis Rasulullah saw.

Sesiapa yang solat subuh berjemaah, dia akan berada dalam jagaan Allah sepanjang hari tersebut.

Ini yang perlu di letakkan dalam diri kita sebagai seoarang lelaki.

Air di Mekah lebih mahal dari petrol

“Kau buat apa tu Muhammad?”, “Tak ada lah aku ambil gambar harga air yang kau jual ni, Kenapa sampai kena tampal harga air ni bang? Tanya ku kembali pada pemandu lori air yang menghantar air ke hotel di Misfalah.

26042009804

Mulanya dia yang tanya,kenapa aku ambil gambar, sekarang dia pulak yang menyambung,” tempat kau tak apa lah,hujan tiap hari, sini susah. Air mahal lagi dari petrol”.

Memang di Mekah, walaupun negara kita negara pengeluar petrol, harga petrol lebih murah di negara mereka dari di tempat kita. Petrol SATU liter 0.46 sen untuk unleaded. Air SATU liter lebih kurang 1 riyal.

Tapi, alhamdulillah harga air masih di kawal. Cuma kalau musim haji, yang biasa satu lori berharga 180 riyal boleh meningkat sehingga 300 ke 350 riyal.

Ini lah kepentingan air.

Seperti dalam buku Al Gore, perang zaman akan datang disebabkan perebutan air. Bukan lagi berebut petrol. Seperti yang berlaku perang antara Hizbullah dan Israel awal tahun lepas, Israel berhasrat ingain menguasai suangi yang merentas negara Lubnan.

Dalam perlembagaan kita orang Islam lebih lebih lagilah ditekankan tentang kepentingan air ini. Itu lah Islam selalu mengaitkan semua ini dengan pembaziran dan sebagainya.

Firman Allah Taala,

وجعلنا من الماء كل شيئ أفلا يؤمنون

Dan aku jadikan sesuatu itu dari air, kenapakah kamu semua tidak beriman?

260420098081

Semoga kita semua dapat menjaga nikmat Allah yang diberikan percuma ini  dengan baik. Semoga di tempat kita harga air tidak dipolitikkan dan tidak akan membebankan penduduk malaysia seluruhnya.

Semoga yang pihak bertanggungjawab masih merasai bahawa merekalah yang menjadi KHALIFAH wakil Allah untuk mewariskan bumi ini pada orang yang selepas kita.

Kita hanyalah pemegang amanah, penjaga sementara bumi ini.

Bacaan : Travelog Seorang Da’i

“Bang, buku ni bagus untuk abang ni”, kata isteriku kepada ku ketika kami berlegar dalam MPH Bookstore di Mid Valley.

Travelog Seorang Da’i. Tulisan Abdul Rahman Mohamed.

01042009735

Setelah selesai aku baca buku ni, ia memang bagus. Kisah benar seorang muslim Singapura. Tulisan berbentuk santai dan bersahaja. Bukan berat.

Tapi bernilai untuk dijadikan panduan bagi ku yang baru untuk memulakan langkah untuk memanjat tangga ke syurga. Menanam benih untuk makan di akhirat esok. Mencari saham untuk simpanan hari selepas mati.

Sebagai panduan untuk menguatkan stamina dalam memikul “bagpackers” dalam memanjat tangga kehidupan bersama Isteri dan keluarga berpandukan Islam sebagai cara hidup. Pengalaman orang yang telah berjaya memanjat tangga hingga ke separuh perjalanan.

Antara yang bleh di ambil sebagai panduan:

1.Usaha seorang ibu yang tidak kenal penat dan lelah dalam mencari sesuap rezeki dalam mendidik anak anak.

2.Walaupun sudah berada dan berkawan dengan ‘kawan yang tidak elok’ masih ada ruang untuk berubah.

3. Semangat untuk belajar walaupun dah berumur.

4. Kreatif dalam menyebarkan Islam di Singapura walaupun dalam tekanan pihak atasan.

5. Sanggup buat sesuatu yang belum pernah di buat oleh orang lain. Contoh membuka kedai bahan agama dan kaset ceramah agama Islam di kawasan ‘hitam’ atau kawasan pelacuran. Akhirnya selepas 2 tahun tempat itu ‘bersih’.

6. Usaha yang gigih.

7. Dapat mengajak dan membawa isteri dan anak anak BERSAMA beliau dalam usaha harian.

8. Bersemangat gigih dalam menegakkan kebenaran. Lawan kes di mahkamah.

Yang baiknya sekarang ini, bagi kita semua yang dah punya blog dan web sendiri lagi senang untuk kawan kawan semua nanti bila dah cukup 3 tahun blog mereka, keluarkan semua isi yang ada dalam blog masing masing dalam bentuk cetakan. Berilah panduan untuk kawan kawan dan rakan di sekeliling seperti Ustaz Abdul Rahman Mohamed ini.

“Hari Jumaat ni, banyakkanlah selawat…”

Ha, ni baca buku ni ha”, sua Sheikh Husin pada ku sebuah kitab berkulit keras. “Buku apa ni? Nampak lawa je. Nak bagi hadiah ke ni?” soal ku..

“Buka je mana mana muka surat, baca sikit”, sambung Sheikh Husin. “Ni dia nak test bacaan aku la ni sambil sambil ni”, kataku dalam hati.

Ku buka separuh yang di tengah, oooo… bab kelebihan selawat kepada Rasulullah saw rupanya.

Ku baca,

من صلي علي صلاة صلي الله عليه بها عشرا

masjid-nabi

Nabi bersabda, ” Sesiapa yang berselawat kepada ku sekali, Allah akan berselawat ( mendoakan keselamatan) kepadanya 10 kali.

Oleh itu mari lah, kita sama sama membanyakkan selawat kita di pagi Jumaat yamg mulia ini. Penghulu segala hari. Hari Raya mingguan bagi orang Islam. Semoga kita sentiasa selamat bila tuan kita mendoakan kesejahteraan kepada kita.

اللهم صلي علي محمد وعلي آل محمد

اللهم صلي علي محمد وعلي آل محمد

اللهم صلي علي محمد وعلي آل محمد

اللهم صلي علي محمد وعلي آل محمد

اللهم صلي علي محمد وعلي آل محمد

“Datang sabtu depan,lepas cuti…”

“ta al yau mis sabtil qadim, laisa yaumis sabti haza, as sabt ba’dal ijazah,” kata Encik Bahamadi kepadaku. Ini adalah kali ke berapa ntah aku datang bertemu beliau untuk mengambil sijil isteriku.

Dan urusan ini, dah dimulakan 3 bulan yang lalu. Kalau yang dah biasa dengan urusan dengan ARAB, semua dah merasa seperti ini.

Terus aku sambung ayat, ” Ni aku baru datang dari Malaysia ni. Aku dah balik, ni datang semata mata nak ambil sijil je ni. Kau ni taraf Universiti atau taraf tadika kanak kanak.”

Encik Bahamadi menjawab,” Aku tak kisah, kau datang dari Malaysia ke, kau nak balik datang balik ke, aku kata sabtu depan, lepas cuti. Ni tak boleh buat.”

Aku apa lagi darah terus naik ke telinga, rasa panas je. ish,ish arab betul lah mereka semua ni. Nak marah kan, hanya rugikan suara dan muka masam je. Senyum lah sebagai tawa dan penyejuk hati.

Aku pun terus menelefon Lotfi, ” Pi, salam..

baik,,,siapa sana?

Ustaz Lotfi ke?  Ni Bahamadi kata sijil hanya boleh ambil sabtu depan. Betul ke?

“Mana boleh macam tu, dah siap semua tu”.

Aku pun terus buka hp dan cari nombor student Isteriku, “ni ha tolong taip no student ni jap”. Dan aku teurs sambung, ” Semoga kau boleh kawin dengan anak gadis yang solehah”.

Terus Encik Bahamadi gelak. Dan keluar lah sijil Isteriku dari printer dia. Kemudian senarai markah semua semester.

Alhamdulillah. Ini dengan Bahamadi yang boleh dibuat bicara. Tu pun makan masa 3 bulan.

“Ni ha, pegi jumpa Soleh Diri ambil tandatangan dia kalau dia nak tandatangan”, sambung Encik Bahamadi.

Ish..ni satu lagi, nak lepas ORANG TINGKAT 4  Soleh Diri, Encik Abdullah Baridhwan satu lagi masalah ni. Dia ni lagi ego sombong dan tidak cerdik.

uqu-1

Tapi sebab dah mentaliti Arab, bila dah kerja kerajaan, buat macammana pun, masih kekal kerja.

Terigatku pada Lua’i, pemuda arab yang ku temui minggu lepas, dia bercita cita nak kerja kerajaan. sebab utamanya bila tak buat kerja ‘sangat’ pun, gaji tetap tinggi dan tiada istilah buang kerja. Maksudnya , dia dah niat kalau dapat kerja kerajaan, nak ponteng dan nak buat malas.

Ni lah yang aku rasa pernah berlaku pada Encik Abdullah Baridhwan ni. Dia ni tak makan saman.

“Ab gha Dr Soleh,hu wa maujud? Hu wa masghul..ta al bukrah..”. Dia ni susah sikit. Kalau dia kata A. A lah..jangan lawan. Kena ikut apa kata dia.  Tapi lurus bendul dengan apa yang dia cakap, sebulan lah urusan kita. Tu pengalaman sebelum ni.

“Kholas, atruk indak, ba’das solah, a tik”, sambungku dalam bahasa pasar.

Alhamdulillah selepas solat Zohor, SIJIL isteriku dah di tandatangan.

Selepas Encik Bahamadi photostat dan cop salinan seperti asal. Aku tanya, mana sijil SPM isteriku, dia dengan selamba menjawab, tiada, hilang.

Satu lagi bom jatuh atas kepalaku.

“Argh… ni nak kena doa bagi kawin dengan anak raja la pulak ni”, ngomel aku dalam hati.

Akhir sekali, aku tak berjaya meendapatkan sijil SPM isteriku. Alasan yang pelbagai yang dia kata. Ntah, nak percaya pun susah. Kena guna cara lain lah ni. Alhamdulillah ala kullihal. Allahumma’jurni fi musibati wakh luf li kkhairan minha.

Cuma ada lagi kena cop dan tandatangan WAKIL JAMIAH ni. Ya Allah..

REALITI SEKARANG

Inilah suasana berurusan dengan Arab. Harap kita sebagai khalifah di muka bumi Allah yang faham Islam ini jangan lah jadi macam mereka. Islam hanya keluar dari Makkah, tapi pengamalannya di tempat asalnya masih boleh di pertikai.

Semoga guru guruku di Universiti Ummul Qura dapat mendidik pegawai pegawai yang bekerja ini supaya lebih bersifat dengan akhlak Islam.

Supaya negara kita selamat dari manusia yang berakhlak sebegini.