Untuk Menjadi Seperti Osman Al Affan

“Ingat pesan saya ni,” kata Hj Ayub. Dua perkara perlu ingat, rezeki adalah milik Allah dan yang kedua jangan tamak. Seterusnya niat rezeki kita sebahagian besar darinya adalah untuk orang yag ada di sekeliling kita. Yang bahagian kita adalah sedikit sahaja. Ingat ayat Quran yang berbunyi,

وَفِىٓ أَمۡوَٲلِهِمۡ حَقٌّ۬ لِّلسَّآٮِٕلِ وَٱلۡمَحۡرُومِ -١٩

And in their wealth the beggar and the outcast had due share. (19)

Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta). (19)

Sambung Hj Ayub lagi, ” Jadi kita mesti jadi macam Syed Mukhtar Al Bukhary, juga mesti seperti orang berjaya sebelum ini. Sebahagian dari rezeki yang kita dapat hendaklah diberikan kepada yang berhak, yang ada di seliling kita”.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah, nasihat yang berguna yang diberikan oleh Hj Ayub perlu menjadi pegangan kepada kita semua yang ingin berjaya. Kita hidup di dunia ini seperti dalam hadis Nabi,  kita perlu berusaha untuk hidup di dunia seperti kita akan hidup seribu tahun, dan kita mesti beramal iaitu berniaga mengikut lunas Islam seperti kita akan mati esok. Jangan menipu, jauhi hutang seboleh yang mungkin da lain lain yang kita semua tahu Islam bukan hanya di masjid dan surau sahaja.

Semoga lebih ramai usahawan muslim yang berjaya dan dapat mengembalikan kegemilangan Islam seperti di zaman sahabat. Bagaimana Saidina osman sangup dan dapat membeli telaga di Madinah pada zaman Nabi dengan nilai ribuan DINAR. Ini menunjukkan Osman Al Affan mempunyai ‘cash’ yang banyak.

09032009718

Dan satu cara lagi untuk kita meramaikan Muslim yang kaya, cuba lah kita ‘re marketing’ kan Islam untuk bangsa CINA di Malaysia dan JUGA sebarkan Islam kepada bangsa Cina yang berada di negara CHINA sendiri. Mereka ramai yang berjaya. Ajaklah mereka memeluk Islam. Kenapa kita tiada seperti sahabat yang sanggup ke CHINA untuk mengajak orang sana memeluk Islam.

Semoga kita di akhirat nanti tidak di soal, adakah kita telah selesai menunaikan tanggungjawab kita sebagai khalifah dimuka bumi ini. Kita Hanyalah Pemegang Amanah,Penjaga Sementara Bumi Ini.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s