Monthly Archives: May 2009

Suasana Kota Bharu Jam 12.30 tengah hari Hari Jumaat

290520091001

tadahan wahyu yang berada di samping Masjid Muhammadi

290520091000

Advertisements

Ikan Keli

“Bang, boleh beli ikan keli tak bang? berapa sekilogram?’ tanyaku pada pemuda yang sedang ralit menangkap ikan keli di dalam kolam yang baru dikeringkan itu.

24052009983

“Boleh, nak yang besar atau yang kecil? Yang besar RM 3.50. Yang kecil RM 2”.

“Ambil yang besarlah 2kg”, sambutku.

Setelah siap di timbang, aku bergegas ke kereta. Bila nak hidupkan enjin, ku terpandang daun kesum yang hidup melata dalam parit di tepi kolam ikan keli tersebut. Ni bagus kalau di kutip dan maskkan dalam gulai ikan keli.

Terus ku turun dari kereta dan pergi bertanyakan pekerja tadi. “Boleh tak nak ambil daun kesum tu?”. “Boleh je, ambil je banyak mana yang nak, dia tumbuh sendiri tu”.

Segera ku tutun ke parit dan mengtip daun kesum tersebut. “Masya Allah betul Allah ni, dia dah tumbuhkan siap siap daun kesum ni di kawasan yang ada kolam ikan keli. kenapa ya? Ini memudahkan kita sebagai manusia untuk memasak ikan keli ni bersama dengan dan kesum ni. Untuk menambahkan selera dan menghilangkan hanyir ikan Keli. Inilah sebabnya, di sesuatu kawasan tu sebenarnya dah ada kelengkapan atau benda yang boleh digunakan bersama dengan bahan di tempat tersebut”.

“Inilah juga yang Allah sebutkan dalam Al Quran:

Dan aku menciptakan kamu berpasang pasangan.

Allah menciptakan ikan keli, ada daun kesumnya. Allah menciptakan bunga betik jantan dan bunga betik betina uuntuk pendebungaan. Allah menciptakan bunga salak jantan dan bunga salak betina, juga untuk pendebungaan. Dan bermacam yg lain yang Allah dah but dan cipta siap siap untuk manusia gabung dan gemblengkan sesuatu supaya dimudahkan untuk urusan manusia.

Kg Sidam Kiri, Kedah

24052009981

“Wa Tih tak buat apa pun sekarang ni, selepas Wa Mi dah tak ada, Wa Tih dok di rumah je”, cerita Wa Tih dengan panjang lebar.

“Cuma selepas Kak Chik pergi kerja, Wa Tih buat kerja rumah. Dan kalau hari Isnin, Khamis dan Sabtu, Wa Tih pergi kelas agama di dewan kat simpang depan tu. Ada Ustazah dari Sg Petani, ada dari Alor Star yang datang ngajar tajwid, ada yang ngajar kitab. Wa Tih suka pergi kelas tu. Bagus”.

24052009980

Inilah dewan tempat kelas diadakan.

Alhamdulillah, masyarakat awam hanya perlukan program sebegini.  Bukannya duit seratus dan lima ratus ringgit. Pengisian jiwa yang boleh menyelamatkan mereka di dunia dan di akhirat.

R&R Plus Highway

“Jom kita berhenti di R&R Bukit Gantang bang”, ajak isteri saya. “Kat situ banyak jual buah mempelam yang besar-besar, harga pun murah, sebiji 2 kg dalam RM 18 je”.

Terus saya membelokkan kereta ke situ. Waktu dah hampir maghrib. “Elok jugak solat maghrib jama’ dengan isya di sini ni,” britahu saya kepada isteri.

Papan tanda yang berwarna hijau tertulis SURAU ke kiri terus saya ikuti. Di depan telah tersedia sebuah surau yang kecil comel dan tempat ambil wudhu’ yang siap dengan terompah kayu berwarna merah.

Bila siap berwudhu’, kakiku melangkah ke dalam surau kayu yang berwarna coklat tersebut.

“Allahu akbar,”…….. kedengaran suara imam dari belah kiri surau. “Allahu akbar”, suara satu lagi bertelingkah dengan suara pertama tadi. Ku berfikir, bagus makmum tu, sengaja dikuatkan suara untuk memudahkan makmum yang lain mungkin.

Bila ku melangkah ke tengah sedikit, terkejut ku dibuatnya, ADA DUA IMAM sedang solat bersama makmum masing masing.

Aik…ni dah kes pelik ni. Salah dari segi hukum feqah ni. Semua mazhab 4 dan seluruh ulama telah menerima ajaran dari Nabi kita bahawa solat dengan 2 imam di dalam satu kawasan solat yang sama dalam waktu dan masa yang sama ADALAH SALAH.

Saya terus menunggu sehingga semua siap. Kita kena selesaikan mereka dulu baru boleh mulakan yang baru.

02052009848

Setelah selesai solat, mempelam yang telah di tilik sebelum solat tadi telah kubeli. Juga buah dokong yang berharga RM 8 sekilogram.

Bila masuk dalam kereta, isteri telah bertanya, kenapa ada 2 imam tadi? Ayu tak tahu nak ikut yang mana..”, kata isteriku.

“Apa nama tempat ni Yang? “Bukit Gantang dalam negeri Perak”, isteri ku memberi jawapan dengan panjang lebar.

“Ooo…Perak rupanya”, aku mengomel sendiri. Perak memang ada 2 Menteri Besar sekarang.. patutlah rakyat bawahan pun macam ni.

Orang awam akan terikut apa yang dilakukan oleh pemimpin mereka. Anak akan ikut bapanya, walaupun tidak disuruh dan dipinta.

Memang solat di masjid adalah gambaran dan ukuran kepada sesebuah pemerintahan. Abu Bakar sahabat nabi dulu di pilih menjadi Pemimpin kerana beliau telah disuruh menjadi pemimpin@imam ketika solat semasa nabi masih ada.

Semoga pukul 3.30pm hari ini Jumaat 22 Mei 09, kes di Perak akan selesai dan DUN Perak dibubarkan.

zamry n nizar

Kita tak nak orang yang singgah di R&R Bukit Gantang solat dengan 2 imam lagi.

Komen@berita dari Datin Fauziah

Komen dari Datin Fauziah Aziz yang memberitakan tentang kembalinya kakak beliau ke rahmatullah :

FAUZIAH AZIZ

Assalamualaikum..
Al Fatihah..
Kakak yg koma di Hospital Madinah telah meninggal dunia
pada Hari Isnin baru ni( 11 Mei 2009 )..
Telah dikebumiikan pada Hari Isnin juga selepas solat Asar di
Perkuburan Baqi.

Kakak beliau telah terlibat dalam kemalangan dalam perjalanan ke Madinah al Munawwarah awal April lalu. Berita tersebut telah saya posting kan di sini.

17042009789

Ini semasa Datin Fauziah berada di Madinah ketika melawat kakak beliau di hospital.

Semoga roh beliau selamat berada di sana. Semoga kita yang masih diberikan peluang oleh Allah untuk menggunakan oksigen Allah secara percuma ini DAPAT membeli saham secukupnya untuk ditukar di akhirat nanti dengan syurga FIRDAUS insya Allah.

Adat Cuci Kaki di Majlis Perkahwinan Masyarakat dari Daerah Tutong, Brunei

“Apa tujuan cuci kaki ni Ngian? Tanyaku pada Pengiran yang menjadi DJ majlis kawin pada hari tersebut.03052009899

“Ini adalah adat kami masyarakat dari Tutong, walaupun kami dah tingal di Belait, tapi kami masih mengamalkan budaya yang tidak bercanggah dengan Islam ini”, jawab Pengiran dengan panjang lebar.

“Kami di Tutong mesti memberi hadiah berupa kerbau, beras, ikan sayur, bawang dan sebagainya kepada pengantin kerana pengantin tidak akan keluar rumah selama 40 hari, si pengantin lelaki tidak akan keluar bekerja. Jadi adat cuci kaki ini ialah, selepas membasuh kaki pengantin tersebut, si PEMBASUH harus menghadiahkan sesuatu sebagai bekalan untuk pengantin tersebut”.

“Tapi sekarang kami hanya meletakkan sampul atau 100 brunei dalam bekas yang disediakan”.

03052009901

Aku mendengar dengan penuh minat… ooo mungkin ini ajaran Islam yang mereka terapkan dalam masyarakat mereka terdahulu. Kerana setakat yang ku pelajari, pengantin lelaki tidak di wajibkan keluar rumah selama 7 hari untuk pergi solat berjemaah di masjid jikalau yang dikahwini itu ialah “bikra” ataupun gadis. Jikalau berkahwin dengan janda, selama 3 hari.

Inilah Islam. Betapa pentingnya solat berjemaah di Masjid. Bersama sama beramai ramai. Jangan hidup bersendirian.

Terima Kasih

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Awang Hj Zainuzzaman dan Dayang Salimah sekeluarga yang menerimaku sebagai tetamu. Semoga Allah membalas jasa “awda” ( bermaksud anda) sekalian.

Juga kepada Awang Haji Abdul Rahman dan Dayang Suria. Keletah si kembar begitu menyamankan.

IMG_0032Dan tidak lupa kepada pengantin. Semoga Allah merestui pasangan mempelai hingga ke syurga bersama Rasulullah saw.

IMG_0014

Mama masih di Hospital Bahiyah

Alhamduilllaah syukur.

Itu je yang dapat keluar dari bibir ku. Mama yang mak mertua ku masih dapat bercakap dan masih di beri pelunag oleh Allah untuk menghirup oksigen yang percuma ini.

Ini lah nikmat paling besar selepas NIKMAT IMAN DAN berada dalam agama Islam yang tercinta.

Mama dah terpaksa kena menggunakan hemodialisis setiap 2 hari untuk mencuci darah. Kedua dua buah pinggang mama sudah tidak berfungsi.

06052009923

Jadi, kita sebagai anak anak perlu berfikiran positif, menjaga ibu adalah tanggungjawab kita bersama.

Hadis rasulullah saw:

roghima anfun man adroka wa lidaihi indal kubar walam yad rukal jannah

RUGI LAH BAGI SESIAPA YANG SEMPAT BERSAMA IBU BAPA MEREKA KETIKA IBU BAPA MEREKA SUDAH BERUMUR, TETAPI MEREKA (anak-anak) TIDAK DAPAT MASUK SYURGA

06052009927

PERHATIKAN GEJALA INI

06052009928