Adat Cuci Kaki di Majlis Perkahwinan Masyarakat dari Daerah Tutong, Brunei

“Apa tujuan cuci kaki ni Ngian? Tanyaku pada Pengiran yang menjadi DJ majlis kawin pada hari tersebut.03052009899

“Ini adalah adat kami masyarakat dari Tutong, walaupun kami dah tingal di Belait, tapi kami masih mengamalkan budaya yang tidak bercanggah dengan Islam ini”, jawab Pengiran dengan panjang lebar.

“Kami di Tutong mesti memberi hadiah berupa kerbau, beras, ikan sayur, bawang dan sebagainya kepada pengantin kerana pengantin tidak akan keluar rumah selama 40 hari, si pengantin lelaki tidak akan keluar bekerja. Jadi adat cuci kaki ini ialah, selepas membasuh kaki pengantin tersebut, si PEMBASUH harus menghadiahkan sesuatu sebagai bekalan untuk pengantin tersebut”.

“Tapi sekarang kami hanya meletakkan sampul atau 100 brunei dalam bekas yang disediakan”.

03052009901

Aku mendengar dengan penuh minat… ooo mungkin ini ajaran Islam yang mereka terapkan dalam masyarakat mereka terdahulu. Kerana setakat yang ku pelajari, pengantin lelaki tidak di wajibkan keluar rumah selama 7 hari untuk pergi solat berjemaah di masjid jikalau yang dikahwini itu ialah “bikra” ataupun gadis. Jikalau berkahwin dengan janda, selama 3 hari.

Inilah Islam. Betapa pentingnya solat berjemaah di Masjid. Bersama sama beramai ramai. Jangan hidup bersendirian.

Terima Kasih

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Awang Hj Zainuzzaman dan Dayang Salimah sekeluarga yang menerimaku sebagai tetamu. Semoga Allah membalas jasa “awda” ( bermaksud anda) sekalian.

Juga kepada Awang Haji Abdul Rahman dan Dayang Suria. Keletah si kembar begitu menyamankan.

IMG_0032Dan tidak lupa kepada pengantin. Semoga Allah merestui pasangan mempelai hingga ke syurga bersama Rasulullah saw.

IMG_0014

4 responses to “Adat Cuci Kaki di Majlis Perkahwinan Masyarakat dari Daerah Tutong, Brunei

  1. Hj Rahman Brunei

    Salam keluarga K’tan dan Kedah macamana dah terima pix tu …. Pls revert Wassalam

  2. ahmadfadhli

    hehe…smart ust man pakai songkok…🙂

  3. semua pinjam tu ustaz Li…. masuk istana brunei, kena ikut cara mereka… KALAU pakai jubah mereka kata orang luar. Dan kalau org luar, confirm tak boleh bercakap dalam kampung mereka.

    ana kena banyak belajar dari enta lagi…

  4. Salam,

    Dear Editor, I have several antique items to sell to Sultan of Brunei or any religious person, including keris and delima.

    How can I get access to sell them.

    The keris have several unique powers, its important that the purchaser is a good person.

    thanks

    ahmad.rakhaa@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s