R&R Plus Highway

“Jom kita berhenti di R&R Bukit Gantang bang”, ajak isteri saya. “Kat situ banyak jual buah mempelam yang besar-besar, harga pun murah, sebiji 2 kg dalam RM 18 je”.

Terus saya membelokkan kereta ke situ. Waktu dah hampir maghrib. “Elok jugak solat maghrib jama’ dengan isya di sini ni,” britahu saya kepada isteri.

Papan tanda yang berwarna hijau tertulis SURAU ke kiri terus saya ikuti. Di depan telah tersedia sebuah surau yang kecil comel dan tempat ambil wudhu’ yang siap dengan terompah kayu berwarna merah.

Bila siap berwudhu’, kakiku melangkah ke dalam surau kayu yang berwarna coklat tersebut.

“Allahu akbar,”…….. kedengaran suara imam dari belah kiri surau. “Allahu akbar”, suara satu lagi bertelingkah dengan suara pertama tadi. Ku berfikir, bagus makmum tu, sengaja dikuatkan suara untuk memudahkan makmum yang lain mungkin.

Bila ku melangkah ke tengah sedikit, terkejut ku dibuatnya, ADA DUA IMAM sedang solat bersama makmum masing masing.

Aik…ni dah kes pelik ni. Salah dari segi hukum feqah ni. Semua mazhab 4 dan seluruh ulama telah menerima ajaran dari Nabi kita bahawa solat dengan 2 imam di dalam satu kawasan solat yang sama dalam waktu dan masa yang sama ADALAH SALAH.

Saya terus menunggu sehingga semua siap. Kita kena selesaikan mereka dulu baru boleh mulakan yang baru.

02052009848

Setelah selesai solat, mempelam yang telah di tilik sebelum solat tadi telah kubeli. Juga buah dokong yang berharga RM 8 sekilogram.

Bila masuk dalam kereta, isteri telah bertanya, kenapa ada 2 imam tadi? Ayu tak tahu nak ikut yang mana..”, kata isteriku.

“Apa nama tempat ni Yang? “Bukit Gantang dalam negeri Perak”, isteri ku memberi jawapan dengan panjang lebar.

“Ooo…Perak rupanya”, aku mengomel sendiri. Perak memang ada 2 Menteri Besar sekarang.. patutlah rakyat bawahan pun macam ni.

Orang awam akan terikut apa yang dilakukan oleh pemimpin mereka. Anak akan ikut bapanya, walaupun tidak disuruh dan dipinta.

Memang solat di masjid adalah gambaran dan ukuran kepada sesebuah pemerintahan. Abu Bakar sahabat nabi dulu di pilih menjadi Pemimpin kerana beliau telah disuruh menjadi pemimpin@imam ketika solat semasa nabi masih ada.

Semoga pukul 3.30pm hari ini Jumaat 22 Mei 09, kes di Perak akan selesai dan DUN Perak dibubarkan.

zamry n nizar

Kita tak nak orang yang singgah di R&R Bukit Gantang solat dengan 2 imam lagi.

3 responses to “R&R Plus Highway

  1. dalam maksud cerita tuh. hehehehe..

  2. salam..mungkin sebab yg satu lagi tu dia buat solat jama’ qasar dgn ahli keluarga dia atau sedara dia.
    sebab yg buat qasar solat(musafir) tak boleh ikut imam yg solat biasa.tapi mungkin juga btl apa yg saudara rasa..macam2 blh jadi

  3. Kita kena berbaik sangka. Saya rasa pendapat hadfiz tu tepat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s