Monthly Archives: June 2009

Makanan Arab di Kota Bharu

290520091002

Restoran yang terletak di depan Hotel Renaisance Kota Bharu ini menyediakan nasi arab kambing yang begitu menyelerakan.

Dengan harga yang berpatutan.

Restoran A M Tarbush.

Dimiliki oleh bapa saudara Hakim.

Jika teringat suasana nasi mandi di Mat’am As Sofa di Shisyah, boleh lah singgah di sini.

Cara Mendapatkan Saham

050620091038

Alhamdulillah, inilah contoh terbaik cara untuk membanyakkan saham akhirat kita. Ini tak perlu beratur berebut untuk membeli ASW 2020. Yang biasanya kuota saham untuk melayu lambat habis dan tidak habis biasanya. Berbeza dengan kuota untuk bukan melayu. Habis dalam masa 3 jam.

Gambar ini adalah satu CARA UNTUK MENDAPATKAN dan MEMBANYAKKAN saham kita di dalam akaun dan buku ASB selepas kita mati.

Cuba kita bayangkan, pahala untuk kita solat jenazah yang hanya 4 kali takbir adalah sebesar bukit UHUD yang berada di Madinah al Munawwarah itu, kebesaran bukit uhud ialah, 7 kilometer panjang dan 3 kilometer lebar.

Ini berdasarkan hadis nabi sollalahu alaihi wassallam.

Dan jika kita solat jenazah dan ikuti jenazah sampai ke kubur, pahala kita adalah 2 bukit uhud. Iaitu 14km panjang dan 6 lebar.

Untuk solat jenazah, caranya sangat mudah. Baca la fatihah selepas takbir pertama. Baca selawat selepas takbir kedua. 2 bacaan ini adalah rukun. Yang bacaan selepas 2 takbir lagi adalah sunat. Ini sudah memadai untuk anda memiliki SEBUAH BUKIT UHUD.

Dan jika anda ingin lebih lagi, cuba lah beli sebuah coaster seperti di dalam gambar di atas, untuk membawa ahli keluarga dan sesiapa sahaja yang ingin mengikuti jenazah ke kubur. Setiap yang menaiki coaster tersebut, akan mendapat SBUAH BUKIT UHUD.

Bayangkan, berapa orangkah yang menaiki coaster tersebut. Dan berapakah bukit uhud akan dimiliki oleh mereka yang memiliki coaster tersebut. Kerana dalam hadis nabi yang lain, sesiapa yang memudahkan untuk orang mendapat pahala atau berbuat baik, orang tersebut akan mendapat pahala seperti orang yang membuatnya, tidak kurang walau sedikitpun.

Semoga kita diberi peluang untuk mendapat saham yang banyak ini walaupun kita sedang tidur sakit di hosital.

Masjid Kampung Penarik

“Assalamaulaikum Man, Apa Khabar? Ada di mana ni? ”

Alhamdulillah, ni di Kg Panggong. Semalam baru sampai dari Mekah.”

“Bagus lah kalau macam tu, nanti hari Sabtu, kita ke Kuala Terengganu, Halim Lim kawan kita masa di Mekah yang dah berumur tu, baru ada rezeki, baru kawin Alhamdulillah.”

“Masya Allah, bolehlah. pukul berapa nak pergi?

Ini lah perbualan yang dirakankan secara sengaja untuk menilai kembali prestasi kami, seperti ucapan syarikat telekomunikasi di negara kita. Inilah contoh mudah untuk memahami kerja Malaikat Roqib dan Atid, mencatat apa sahaja yangkita lakukan.

Persetujuan terus dicapai. Hari Sabtu 13 Jun 2009, sampailah kakiku ke negeri batu bersurat Islam tertua di malaysia.

Persingggahan ku di Masjid Kg penarik begitu baik sekali pandangannya. Orang sentiasa ada untuk menunaikan solat fardhu di sini. Semoga pahala dari tindakan pembinaan masjid ala ala RobinHood ini, akan membantu mereka yang bertanggungjawab membina masjid ini di kehidupan selepas mati nanti.

130620091063

Rostrum yang ada di dalam masjid

130620091064Pemandangan kubah masjid kg penarik

Semoga faedah yang didapati dengan pembinaan masjid ini bukan setakat menunaikan fardhu wajib sahaja, tetapi dapat juga membaiki rohani dan mencuci jiwa masyarakat islam ke arah islam yang sebenar.

Juga masjid ini dapat memberikan faedah berpanjangan bukan seperti Stadium Sultam Mizan. Ini kerana telah ada besen untuk menadah tirisan air di dalam masjid kg Penarik ini.

130620091072Pemandangan Stadium Sultan Mizan yang bumbungnya telah menyembah bumi.

130620091067

dari belakang stadium

130620091068Rumah Imam Besar Masjid Universiti Darul Iman

Cuci Khat Pintu Kaabah

090620091043090620091044

Tadi ketika jam menunjukkan pukul 8.45 pagi, semasa sedang Tawaf Wida’ sebelum balik ke Malaysia, pekerja khas dari Kilang Kiswah Kaabah telah menjalankan tugas mereka. Tengok seperti dalam gambar.

090620091045