Alhamdulillah, inilah contoh terbaik cara untuk membanyakkan saham akhirat kita. Ini tak perlu beratur berebut untuk membeli ASW 2020. Yang biasanya kuota saham untuk melayu lambat habis dan tidak habis biasanya. Berbeza dengan kuota untuk bukan melayu. Habis dalam masa 3 jam.
Gambar ini adalah satu CARA UNTUK MENDAPATKAN dan MEMBANYAKKAN saham kita di dalam akaun dan buku ASB selepas kita mati.
Cuba kita bayangkan, pahala untuk kita solat jenazah yang hanya 4 kali takbir adalah sebesar bukit UHUD yang berada di Madinah al Munawwarah itu, kebesaran bukit uhud ialah, 7 kilometer panjang dan 3 kilometer lebar.
Ini berdasarkan hadis nabi sollalahu alaihi wassallam.
Dan jika kita solat jenazah dan ikuti jenazah sampai ke kubur, pahala kita adalah 2 bukit uhud. Iaitu 14km panjang dan 6 lebar.
Untuk solat jenazah, caranya sangat mudah. Baca la fatihah selepas takbir pertama. Baca selawat selepas takbir kedua. 2 bacaan ini adalah rukun. Yang bacaan selepas 2 takbir lagi adalah sunat. Ini sudah memadai untuk anda memiliki SEBUAH BUKIT UHUD.
Dan jika anda ingin lebih lagi, cuba lah beli sebuah coaster seperti di dalam gambar di atas, untuk membawa ahli keluarga dan sesiapa sahaja yang ingin mengikuti jenazah ke kubur. Setiap yang menaiki coaster tersebut, akan mendapat SBUAH BUKIT UHUD.
Bayangkan, berapa orangkah yang menaiki coaster tersebut. Dan berapakah bukit uhud akan dimiliki oleh mereka yang memiliki coaster tersebut. Kerana dalam hadis nabi yang lain, sesiapa yang memudahkan untuk orang mendapat pahala atau berbuat baik, orang tersebut akan mendapat pahala seperti orang yang membuatnya, tidak kurang walau sedikitpun.
Semoga kita diberi peluang untuk mendapat saham yang banyak ini walaupun kita sedang tidur sakit di hosital.
takde ke gambar halim lim kawin..? hehee…
tak ambil pulak gambar Halim Lim..
dia kenduri sambut isteri dia je… Gadis manis 20an.. graduate U