Kedatangan mu di tunggu tungu

“Assalamualaikum, apa khabar? “.

“Waalaikumussalam, baik alhamdulillah”.

” Malam esok free tak? Ada Surau Al Hijrah di Jalan Ipoh nak minta berkongsi pengalaman tentang Menyambut Ramadhan”.

“Insya Allah, setakat ni kosong lagi, cuma saya habis kelas English di British Council pukul 5.30 petang, sempat tak?”

” Insya Allah, sempat sangat tu, selamat bersedia menyambut Ramadhan”.

Itulah perbualan telefon tadi dengan Ustaz Hasnil Abu Bakar, yang menyemarakkan lagi hatiku untuk ku bersedia menyambut Ramadhan 1430 ni. Ini Ramadhan kali pertama ku di bumi Malaysia selepas 9 tahun menyambutnya di negara anbiya’.

Seronok bukan kepalang kalau teringatkan di Mekah. Biasanya sekarang ni, di sepanjang jalan Utaibiyyah, Mekah tu, semua kedai dah pasang dan hiaskan kedai mereka dengan kain merah bercorak khas sempena menyambut Ramadhan.

P4241711

Pegawai Pusat Dakwah dan Kebajikan pun dah mula menelefon orang ramia dan pelajar untuk menerima sumbangan persediaan bagi menyambut Ramadhan.

Dan yang pastinya, seluruh hati ku telah ditumpukn untuk bersedia merebut peluang dan pahala berganda di BULAN RAMADHAN yang mulia ini.

Semoga Ramadhan kali ini lebih bererti bagi ku.

Kedatangan Ramadhan di tunggu tunggu,

Sambutlah ia di mana jua,

Pahalanya berganda di mana jua anda berada,

Lailatul Qadar dan Al Quran tetap perlu dikejar.

2 responses to “Kedatangan mu di tunggu tungu

  1. owh.. mekah.. rindu ramadhan menggamit lagi..

  2. kak hajar dah masuk hospital ke kim?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s