Kontena dan Barang Niaga percuma sempena Ramadhan

Pahala Membaca Quran.

Hasil penelitian dan kajian yang dijalankan oleh Imam an-Nasafi yang telah ditulis dalam kitab Majmu al Ulum wa Mathli’u an Nujum dan telah dikutip oleh Imam Ibn ‘Arabi dalam mukaddimah al-Futuhuat al Ilahiyah karangannya menyatakan bahwa :

Jumlah kesuruhan semua huruf dalam al-Qur’an sebanyak satu juta dua puluh tujuh ribu. (1,027,000)

Kalau kita perhatikan data dari Al Quran adalah seperti berikut:

30 Juz
114 Surah
6,236 Ayat
1,027,000 Huruf

Rasulullah saw bersabda ”Barangsiapa membaca satu huruf Al-Quran, maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan akan dilipat gandakan menjadi 10 kali kebaikan yang seperti dengannya. Aku tidak mengatakan alif lam mim itu satu huruf, tetapi alif adalah satu huruf lam adalah satu huruf, dan mim adalah satu huruf
(Hadis Riwayat At-tarmizi disahihkan oleh Al-Albany).

Subhanallah, kalau kita dapat khatam membaca Al-Quran di bulan Ramadhan ini atau di bulan yang lain bererti kita akan mendapat pahala kebaikan sebanyak :

1,027,000 x 10 = 10,270,000 pahala kebaikan.

Dan kalau di bulan Ramadhan yang mulia ini, lebih lebih lagilah digandakan segala pahala dan ganjarannya.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : Orang yang pergi ke masjid
kemudian dia belajar atau membaca dua ayat Al Quran, maka hal itu lebih baik baginya daripada dua unta yang besar dan gemuk, 3 ayat lebih baik baginya dari 3 unta, 4 ayat lebih baik baginya daripada 4 unta, 50 ayat lebih baik baginya daripada 50 unta, dan seterusnya balasan yang Allah berikan (HR. Muslim dan Ahmad).

Dan maksud sebenar perkataan “kimawain” dalam hadis di atas ialah unta besar yang membawa barang dagangan yang banyak. Kalau terjemahan yang mudah difahami pada zaman kita ini ialah satu kontena yang penuh dengan barang dagangan.

Subhanallah, kalau kita boleh khatam Al Quran dalam setahun, bererti kita sudah memiliki kebaikan lebih banyak dibandingkan dengan :

1 kali khatam Al Quran = 6,236 unta yang besar dan gemuk atau dari 6,236 kontena barang perniagaan kita.

Kerana satu ayat lebih baik dari 2 kontena.

Kalau khatam setiap bulan berapa banyak unta yang boleh kita miliki.

Timbul persoalan, Kenapa kita sibuk menghitung dan mengira pahala?
Bukan menghitung, tetapi mengira sejauh mana kita terdorong dan ter ‘minat’ untuk mengamalkan perintah Allah dan Rasulnya serta membaca dan memahami isi Al Quran itu sendiri.

Kalau Allah dan RasulNya menjanjikan ganjaran pahala yang banyak atas kebaikan yang kita lakukan, apakah kita harus menolak…?
Atau yang lebih buruknya, kita menentang perintahNya.

Memang kita tidak akan masuk syurga semata mata dengan amalan kita, hanya
rahmat Allah yang menyebabkan seseorang dapat masuk syurga.

TETAPI Yang jelasnya rahmat Allah itu tidak boleh didapati dengan percuma begitu saja, hanya melalui kesungguhan dan ketekunan dalam melaksanakan amal ibadah untuk mencapainya.

Tahukah kamu perniagaan yang tidak pernah dan tidak akan sekali kali rugi, iaitu Berniagalah dengan Allah.

Bacalah Al Quran di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s