Bersedia dengan apa yang akan…

aidilitri 1430 093

Bersedia dengan apa yang akan berada di depan kita, ini lah antara jawapan ku kepada isteri ku apabila kami terlihat ‘sign’ ini didalam perjalanan balik ke Kelantan melalui jalan Grik ke Jeli.

“Betul ke ni bang? tak kan ada lagi kijang dan rusa di hutan ni sekarang? Mesti dah habis di tembak orang”, sambung isteri ku.

“Ala, itu tak payah lah kita fikirkan, yang pasti kita kena bersedia dengan apa yang akan berlaku nanti, sama ada kijang melintas, kereta banyak berhenti untuk tengok kijang, kemalangan di sebabkan kijang dan sebagainya”, tambahku.

Dalam hidup kita ini, apa yang berlaku mesti di jadikan panduan dan iktibar untuk masa hadapan.

Begitu juga apa yang telah berlaku kepada kaum dan umat sebelum kita.

Itu lah yang telah Allah ceritakan dalam Al Quran, satu per tiga dari ISI Quran adalah cerita orang orang terdahulu, supaya kita mengambil pengajaran dan iktibar serta panduan.

Semoga kita sentiasa berfikir dan bersedia dengan apa yang akan berlaku di masa akan datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s