Category Archives: 1

Bersedia Untuk Ke Makkah 22 Oktober Khamis ini

“Bang, nanti abang jangan lupa bawak semua baju yang nak di pakai ya”, pesan isteriku dengan bersungguh sungguh.

Beliau yang berada jauh di Alor Star mengingatkan ku. Mak Mertua ku yang kurang sihat menyebabkan ku terpaksa berkorban membenarkan isteriku menjaga ibunya. Tiada sesiapa anak anak yang boleh dan senang untuk menjaga mertuaku. Semuanya bekerja dan terikat dengan tangungjawab masing masing.

09032009717

Ini adalah kali pertama bernangkat mengerjakan haji dan bertugas dari Malaysia, sebelum ini hanya bernangkat ke Arafah dari Zahir, Makkah atau Aziziyyah yang hanya tempat tersebut di samping kawasan Mina sahaja.

Segala persiapan mungkin berbeza dan pastinya pengalaman baru akan ku tempuhi.

Semoga HAJI 1430 ini lebih menyedarkan ku hakikat aku inilah hamba Allah yang diberi masa sekejap sahaja untuk bercucuk tanam di muka bumi ini.

Cadangan Pakaian, Keperluan dan Barangan untuk di bawa ke Tanah Suci – 40 hari

Pakaian Lelaki

1. Tuala Ihram                                                    2 pasang

2. Tali Pinggan Ihram                                       1 utas

3. Baju Biasa                                                       2 helai

4. Baju Melayu/Jubah                                    2 pasang

5. Singlet berlengan                                        4 helai

6. Seluar panjang                                             2 helai

7. Seluar kecil                                                     5 helai

8. Kain pelikat                                                    2 helai

9. Tuala mandi                                                   1 helai

10. Tuala kecil                                                    1 helai

11. Stokin/sarung kaki                                    2 pasang

12. Selipar getah                                               1 pasang

13. Kasut biasa ( lembut)                              1 pasang

14. Kopiah                                                           2 helai

IMG_0796Adakah benda ini perlu di bawa

Pakaian Perempuan

1. Telekong sembahyang                              2 pasang

2. Mini telekong                                               2 pasang Continue reading

Persediaan Ke Mekah

‘Man, nanti hadir ya di Masjid Wilayah esok, ceramah motivasi haji”, ok insya Allah Tuan Haji. “Nanti saya akan pergi”, jawab saya dengan penuh semangat.

kursus haji 1Ruang dewan Masjid Wilayah yang selesa

kursus haji 2

Solat Aidilfitri di Masjid Al Bukhary, Alor Star

Jam 8.30 pagi, 20 September 2009, 1 Syawal 1430, solat aidilfitri dihadiri oleh ribuan muslimin muslimat sekitar Bandar Raya Alor Star.

masjid bukhari 3Mihrab Masjid Al Bukhary Alor Star yang sangat cantik dan menarik

masjid bukhari 2Bersama Ba, Haji Zaghlul Merican bin Sultan Merican atuk isteri ku

masjid bukhary 3

masjid bukhari 4Isteri tercinta dan sepupu nya yang sukakan kebaikan

Takbir Aidilfitri di Masjid Derga, Alor Star

takbir 2

Di malam aidilfitri yang mulia, takbir bergema ke segenap bandar raya Alor Star dari corong pembesar suara Masjid Derga, Alor Star.

takbir 1

Salam Aidilftri dari Alor Setar,Kedah

DSC07121

Kullu amm wa antum bikhair dari Abdul Rahman,Ayu Suhana&Muhammad.

p/s-Esok beraya di Kelantan inshallah

Semoga amalan kita di terima Allah

raya 2

Taqabballaha minna wa minkum solihal a’mal.

Semoga Allah menerima segala amalan baik kita Ramadhan 1430 ini. Jaga lah sebaik mungkin pahala kita yang banyak ini supaya kita dapat gunakannya di akhirat besok, insya Allah, untuk membeli payung dan syurga nanti.

Salam Aidilfitri dari kami Abdul Rahman Hamzah,

Ayu Suhana Merican dan Muhammad bin Abdul Rahman.

raya 1