Category Archives: Haji

Pakej Almas

Taklimat haji di Hotel Nikko khas untuk jemaah yang membayar RM 120 ribu seorang.
Hanya 26 orang sahaja yang mendaftar dengan pakej ini.
Semoga mendapat haji yang mabrur

Surau Hijau yang menawan di Hotel Equatorial

15 0kt 09 037

‘Sign’ ke ruang solat yang di sediakan.

15 0kt 09 008

Sempena Taklimat Haji untuk Pakej Zamrud yang bernilai RM 60 ribu ke atas yang diadakan di Hotel Equatoroal Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, aku sempat solat Zohor dan Asar di surau yang cantik ini.

Semua jemaah yang berjumlah 196 orang yang tersenarai di dalam ‘list’ telah dijemput untuk hadir ke Hotel Equatorial sempena taklimat ini. Tetapi yang hadir hanya 140 orang sahaja kerana mereka yang berdaftar dengan pakej ini adalah mereka yang sibuk dan jadual mereka sentiasa penuh.

Termasuk dalam pakej ini ialah Tuan Guru Dato Menteri Besar Kelantan.

Taklimat ini telah diadakan pada 10 Oktober 09 Sabtu lepas.

Taklimat Haji di Masjid Wilayah

masjid wilayah

Kehadiran jemaah yang telah pasti akan Mekah bagi mengerjakan haji pada tahun ini 1430 hijrah telah memenuhi semua kerusi yang telah disediakan. Alhamdulillah, ini akan memudahkan urusan jemaah juga kerana semua jemaah telah mendapat maklumat yang betul tentang cara untuk mendapat haji Mabrur nanti.

Ini adalah taklimat untuk mereka yang membayar Pakej Haji yang bernilai RM 19,990 dan ke atas.

masjid wilayah 2

Semoga haji yang Mabrur dapat kita capai bukan hanya melalui Kursus Haji sahaja, tetapi juga melalui pemahaman tentang cara bergerak menggunakan bas dan teknik terbaik untuk menghalang kita dari mengeluarkan kata kata nista dan cerca terhadap orang yang berada di sekeliling kita.

Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, bukan keluar tuduhan semberono. Sebab kita telah mendengar semua arahan dan cara pihak pengurusan akan menguruskan kita nanti.

Firman Allah dalam mengajar kita untuk mendapat haji Mabrur, “

الحج أشهر معلومات فمن فرض فيهن الحج فلا رفث ولا فسوق ولا جدال في الحج

Di dalam masa kita mengerjakan haji, janganlah kita bercakap kosong dan janagan lah kamu bertengkar dan berbahas.

Semoga kita semua nanti akan dapa mengerjakan haji di usia muda dan mendapat haji yang Mabrur iaitu haji yang di terima oleh Allah.

Jemaah Mula Meninggalkan MAKKAH

Alhamdulillah, segala urusan ibadah haji telah selesai. Masing masing dalam proses menyiapkan diri untuk pulang ke Tanah Air.

Benda penting yang biasa kita fikirkan bersama setelah selesai haji ialah ADAKAH haji kita telah di terima atau tidak? Untuk soalan itu kita perlu sentiasa mendokan penerimaan ibadah kita. Sehingga Nabi Ibrahim sendiri di ajar oleh Allah untuk berdoa, Ya Alah terimalah amalan ku ini, ketika baginda selesai membangunkankembali Kaabah dahulu.

Oleh itu, kita mesti mengamalkan selalu doa tersebut. Robbana Taqabbal minna.

Yang kedua, semua yang akan pulang ke tanah air akan memikirkan apakah yang akan di bawa pulang sebagai ole ole untuk orang yang tersayang dan sebagai kenang kenangan kepada saudara mara.

Selain pulang ke tanah air dengan iman yang penuh di dada dan dosa yang telah di ampunkan, ole ole adalah satu benda yang perlu dititik beratkan juga.

Seperti amalan baik orang orang terdahulu apabilajemaah haji sampai ke tanah air ialah, semua jiran dan saudara akan bertemu dan meminta didoakan mereka kerana mereka yang baru pulang ini membawa rahmat dan baru pulang dari tempat yang suci kerna mereka telah diampunkan segala dosa mereka. Doa mereka MUSTAJAB.

Insya Allah, semoga kita semua yang telah selesai haji ini diampunkan segala dosa kita dan digolongkan dalam mereka yang mustajab doa.

mama-juwie

Mama Juwie yang datang dengan Pakej Baiduri THTS antara contoh yang mementingkan ibadah haji di terima dan ole ole mesti ada untuk kawan kawan dan saudara. Semoga hidup beliau lebih bahagia dan sentiasa berada dalam kasih sayang Allah.

Tawaf & Saie Haji 1429

19122008523

21122008541

211220085384

21122008542

n1

21122008549

Mina

101220084872

10122008488

11122008497

11122008499

11122008498

10122008493

Dam

09122008462

09122008465

091220084661

09122008474

09122008476

10122008485