Category Archives: Makkah

Termasuk dalam ketentuan Allah..

Ajal maut kita sebagai manusia dan khalifah muka bumi ini adalah di tangan Allah, tuhan sekalian alam.

Semasa kita di dalam perut ibu kita ketika berumur 4 bulan atau semasa kita berumur 120 hari, malaikat telah datang menemui kita untuk menulis 3 perkara. Ini berdasarkan hadis dari Abdullah bin Mas’ud. Juga di ambil oleh imam Nawawi sebagai hadis ke empat dalam susunan hadis 40 nya.

Yang pertama di tulis oleh malaikat ialah rezeki kita, yang kedua ajal dan maut kita, bila dan di mana. Yang ke 3, ehidupan kita bahagia ataupun sebaliknya.

Brkenaan ajal dan maut, Allah sudah tentukan di manakah dan bila kita akan mati dan berpisah dengan bumi tempat kita berkhidmat ini. Tiada siapa yang tahu. Hatta kawan baik kita sekalipun.

Yang pasti kita perlu berdoa supaya kita mati dalam keadaan baik dan boleh mengucap dua kalimah shahadah, tanda kita mati dalam agama Islam dan mati dalam keadaa kita beriman ataupun kita sedar bahawa Allah adalah tuhan kita dan Nabi Muhammad adalah rasul dan utusan Allah.

Kita juga di inta untuk berdoa supaya mati syahid dan kalau boleh matinya kita di Madinah al Munawwarah. Seperti dalam hadis nabi kita Muhammad saw.

Tahniahlah bagi saudara kita warga Malaysia yang dapat bersama Rasulullah saw di Madiah al munawwarah.

10042009756

Keluarga yang datang ke Madinah selepas berita kematian tersebut. Kelihatan suami kepada yang bernasib baik berada di samping anak mereka.

10042009760Kelihatan menara Masjid Nabi dari perkuburan Baqi’.

16042009786Hospital King Fahad di madinah Al Munawwarah yang menempatkan seorang lagi saudara kita yang masih tenat akibat kemalangan tersebut.

Advertisements

Makkah, tempat idaman hati untuk beribadah

Alhamdulillah, pak cik dah berjaya masukkan 10 ribu dalam akaun Tabung Haji untuk pak cik ke Mekah,” kata Pak cik Mustafa membuka bicara denganku sambil mengunyah roti canai telor. “Ya ke, pak cik? Masya Allah lah kalau macam tu,” Aku bersyukur dengan kata kata pak cik Msutafa. “Bila pak cik boleh pergi? “Insya Allah tahun depan boleh pergi, sebab pak cik ni dah lebih umur 63, Tabung Haji bagi keutamaan. Tak perlu ikut kouta, sebab umur dah lanjut”.

Alhamdulillah, tahun berikutnya aku dapat bertemu Pak Cik Mustafa di Hotel Janadariah di Makkah. Beliau dapat sampai ke Makkah dan dapat menunaikan hasrat hatinya.

dsc05255

Ini lah suasana hari ini. Untuk ke Makkah memerlukan belanja yang begitu besar. Ini tahun 2009. Cuba bayangkan dalam tahun 2015. Semua hotel telah bertukar kepada hotel 5 bintang. Semunya naik harga. Warga muslim dari negara China juga telah dapat visa dengan hubungan diplomatik Beijing Riyadh bertambah baik. Ini menambahkan lagi jumlah Muslim di Makkah nanti. Muslim negara China lebih ramai dari penduduk Malaysia negara kita.

Kalau kouta 10% dari penduduk negara China sahaja dibenarkan, Muslim China akan menjadi jemaah haji paling ramai dan akan mengalahkan jemaah haji dari Indonesia yang bilangan mereka sebelum ini adalah 260,000.

Semoga suatu hari nanti, akan ada tindakan yang lebih baik dari semua pihak antarabangsa untuk menurukan kos menunaikan jemaah haji bagi semua Msulim dari segenap pelosok alam.

Ain Zubaidah – Teknologi Islam Telah Melampaui Zaman

Satu keajaiban yang pernah berlaku dalam sejarah Islam ialah air yang terletak jauh dari Arafah dapat di salurkan terus ke sana  untuk kegunaan jemaah haji. Di zaman itu belum ada enjin pam yang berkuasa kuda yang dapat mengepam air. Malah kuasa letrik pun belum ditemui. Juga sistem saliran belum dikenali di benua eropah.

Zubaidah adalah permaisuri kepada Sultan Harun Ar Rasyid. Khalifah di zaman kerajaan Abbasiyyah. Beliau dikatakan yang menjadi Project Manager untuk projek saluran air ini. Kisah Zubaidah disukai oleh rakyat kebanyakan  juga telah diceritakan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam kuliah beliau. Boleh rujuk mp3 yang ada di internet.

Kenapa ini semua dapat berlaku? Umat Islam telah sampai ke peringkat Gemilang, Cemerlang dan Terbilang pada zaman itu. Kenapa tahap tersebut dapat dicapai dengan mudah? jawapan mudah yang boleh kita utarakan ialah kerana umat Islam pada masa tersebut telah menguasai ilmu pengetahuan, telah menguasai segala ilmu penyelidikan dan YANG LEBIH UTAMA ialah umat Islam pada masa tersebut MENG “AMAL” KAN Islam secara menyeluruh tanpa berdolak dalik dan alasan yang remeh.

Bila kita kembali kepada ajaran yang telah di ajarkan oleh Nabi kita Muhammad saw, Allah akan buka kan segala jalan untuk kita terus maju dan mengorak langkah ke depan.

Macam mana kita boleh terfikir, bahawa di zaman yang kita anggap belum maju dan belum ‘established’ boleh mengumpulkan kepandaian yang terbaik untuk memudahkan umat Islam menunaikan Rukun Islam yang ke 5? Di zaman kita sekarang, segal ilmu dan teknologi sudah terbentang dan tersedia di depan mata, TETAPI kita tidak merealisasikannya untuk kemudahan UMAT ISLAM.

Bermula dengan LRT ( keretapi laju) untuk menghalang kesesakan sehinggalah kepada sistem pembuangan najis ataupun tandas yang bermutu perlu di utamakan dan dibina secepat mungkin untuk kemudahan umat Islam.

Ini bukan menyalahkan pihak berwajib. Tetapi ingin menilai kembali, dimanakah umat Islam itu sendiri. Adakah kita telah menyediakan anak-anak kita supaya dapat menyerahkan tenaga untuk menaikkan Islam? Adakah kita telah membuat sesuatu untuk menjadikan generasi akan datang lebih menjaga Islam? Atau kita hanya menyediakan anak anak kita untuk memenangi AF dan menjadi Juara Lawak Malaysia? Ish..ish..begitu rendah nilai anak anak kita rupanya, kalau itu sahajalah target dan vision ibu ayah mereka. Nau’zubillah.

dsc03757

Semasa melalui kesan tinggalan Ain Zubaidah kelmarin, kami melepasi kawasan tersebut dengan kesedihan kerana musibah yang menimpa anak anak gadis Abang Zuraili dan Uncle Halim dari Profesional Malaysia yang bekerja di Yanbu’.

Kemalangan yang tidak diduga telah menjadikan satu latihan untuk kami merasai beginilah saudara kita di Palestin mengalami kesusahan dan kesakitan. Kita sebagai saudara sekelompok dan yang dekat dengan kita, kalau kita masih tidak merasai keperitan yang di alami oleh keluarga Abang Zuraili dan Uncle Halim, itu tandanya kita masih ada sesuatu yang perlu disemak dalam diri kita.

anak-mama-bungas

Semoga mereka semua cepat sembuh dan lulus cemerlang semua exam yang akan di tempuhi minggu ini.

Illuminati

Petikan dari post  sebelum ini.

Mereka bebas melakukan apa saja. Semua tunduk kepada kehendak mereka. Semua membantu mereka. Dan semua TAKUT kepada mereka. Siapakah mereka?

Tunggu…!

Cuba tengok ini dulu sebelum kita pergi lebih jauh.

“Bukan macam tu yang saya maksudkan sebenarnya”, kata Abang Herizam kepada saya sejurus selepas selesai Forum Maal Hijrah 1430 di Dataran Masjid Mas’aril Haram, Muzdalifah. ‘Maksud abang?”, sambut saya. Abang Herizam menyambung, “Kenapa semua pemimpin Islam dari semua negara berbeza pendapat, contohnya dalam isu Palestin dan Ghazzah hari ini, Indonesia nak hantar pemuda berani mati, Saudi senyap, Mesir masih  tutup sempadan dan negara kita macam tiada isu.”

Saya terus teringat tentang Illuminati. Kenapakah semua umat Islam dan PEMIMPIN umat Islam tidak boleh bersatu? Itu yang di inginkan jawapan oleh salah seorang jurutera yang hadir dalam forum yang dianjurkan oleh ‘abang Khuzaini n da gang’.

Soalan tentang Illuminati terus saya ajukan pada abang Herizam. Beliau menjawab, belum pernah lagi tu.Saya pernah tengok dan ada research tentang benda ni. Dia terus berminat. Tambah pula, tok ketua Abang Khuzaini telah mendengar idea saya untuk membincangkan illuminati tersebut.

Illuminati adalah satu kumpulan dari Yahudi. Mereka lah sekarang ini yang menguasai dunia sekarang. Dan tangan tangan mereka lah sekarang ini yang melakukan semua benda kerosakan yang berlaku, dengan izin Allah seperti mana Allah mengizinkan IBLIS dapat hidup tanpa mati sampai hari KIAMAT dan dapat mengacau manusia.

Malam berikutnya, saya telah dapat meng”akses” seorang yang popular di Malaysia dengan ceramah ILLUMINATI ini. Sementelah dia sedang berada di Saudi Arabia sekarang dan pula sedang menguruskan projek dia di Makkah. Terus saya bertanyakan masa beliau melalui telefon. Dan alhamdulillah, waktu telah ditetapkan. Selepas solat Jumaat.

ismail-omarUstaz Ismail Omar – Engineer PhD Australia

Antara POINT yang boleh kita utarakan bersama untuk memudahkan kefahaman tentang TEORI KONSPIRASI ini ialah buku tentang komplot dan konspirasi mereka telah dijumpai dan dtelah disebar luaskan, iaitu buku PAWNS IN THE GAME.

Sedikit tentang ulasan tentang buku ini.

SEJARAH ILLUMINATI – BUKU PAWNS IN THE GAME

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat:
“Sujudlah kamu kepada Adam”; maka mereka sujudlah melainkan iblis; ia berkata: “Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah?” [al-Isra’ 17:61]
Allah berfirman: “Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?” Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.” [al-A’raaf 7:12]

Allah berfirman: “Hai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?” Iblis menjawab: “Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.” Allah berfirman: “Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir.

Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke Hari Kiamat.”Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (Hari Kiamat).” Allah berfirman: “Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh. Hingga ke hari – masa yang termaklum.” Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperindahkan (segala jenis kemungkaran) kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.” [al-Hijr 15:32-39]

(Iblis berkata): Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga Hari Kiamat, tentulah aku akan menyesatkan zuriat keturunannya (manusia), kecuali sedikit (di antaranya). [al-Isra’ 17:62]

Komplot dan konspirasi di langit telah diwarisi ke dunia apabila syaitan mencabar keagungan Tuhan seperti yang termaktub dalam ayat-ayat suci Kalamullah. Semenjak saat itu, syaitan dan legasinya meneruskan komplot mereka di atas muka Bumi. Dunia menjadi huru-hara dan kucar kacir akibat perbuatan keji hamba-hamba legasi syaitan yang seluruh jiwa dan badannya telah dirasuk syaitan.

Legasi dan hamba hamba syaitan ini lah yang meneruskan kerja kerja syaitan di dunia sekarang ini. Merekalah bidak-bidak yang telah mati hatinya dari kebenaran.Mereka merancang dengan teliti dan sangat sulit. Sejarah dunia telah mereka petakan awal-awal lagi dalam perancangan mereka. Pertubuhan sulit yang kebanyakannya mengaku beragama Yahudi mazhab lucifer ini sebenarnya manusia-manusia yang tidak bertuhan sama sekali. Pertubuhan ini dinamakan sebagai ILLUMINATI. Di tubuhkan pada 1 Mei 1776 oleh Adam Weishaupt.

Laungan mereka tidak ubah seperti Syaitan ketika membantah untuk sujud pada Adam a.s, bahawa mereka adalah “bangsa terpilih” yg paling layak memerintah dunia dan seluruh manusia yang bagi mereka adalah GOYIM (Binatang ternakan). Mereka mengatakan bahawa kekuatan adalah kebenaran dan sangat berbangga kononnya mereka adalah kejadian yang paling utama dan mempunyai kepintaran yang tiada tandingan. Ideologi mereka adalah Ideologi Totalitarianisme iaitu suatu cara pemerintahan yg menundukkan semua kuasa di bawah pemerintahan tunggal. Adam Weishaupt berjaya mengumpulkan hampir 2000 bidak-bidak yang pakar dalam bidang masing-masing untuk diletakkan dalam posisi masing-masing dalam kerajaan-kerajaan dunia bagi memudahkan mereka untuk memusnahkan kerajaan itu.

Mereka berusaha memecah belahkan manusia dengan fitnah-fitnah dan akhirnya akan berbunuhan sesama sendiri dan semakin lemah dan dengan sendirinya hancurlah kerajaan kebangsaan dan syariat-syariat agama.

masa-ceramah

Di antara taktik dari ilham Syaitan termasuklah:

  • Menggunkakan rasuah dan seks untuk menguasai orang yg menduduki tempat-tempat tinggi dalam berbagai-bagai jawatan kerajaan di seluruh dunia. Apabila orang ternama itu telah masuk dalam perangkap mereka, orang itu akan diugut untuk memecahkan aibnya dan menghancurkan kewangan mereka. Bahkan maut akan menanti jika mereka enggan patuh pada arahan ILLUMINATI.

  • Anggota-anggota Illuminati yg berjawatan dalam kerusi-kerusi universiti hendaklah menjalankan usaha memujuk penuntut mereka yang berbakat istimewa untuk cenderung berfahaman internasionalisme dan sanggup dilatih. Pelajar-pelajar berkenaan akan diberikan biasiswa. Mereka ini akan didoktrin agar menerima fahaman tentang keperluan ditubuhkan kerajaan tunggal dan pemerintahan inilah yang akan menamatkan huruhara dunia akibat peperangan. Pelajar-pelajar itu dipujuk dengan hasutan bahawa orang yg mememiliki keistimewaan akal dan kebolehan ini lah yg patut memerintah orang-orang lain yang tidak berkebolehan kerana GOYIM yang terdiri daripada orang kebanyakan tidak mengetahui sebenarnya apa yg mendatangkan mudharat kepada fizikal, mental dan spiritualnya. Di antara sekolah-sekolah yang memberi latihan tersebut adalah seperti Gordonstoun (Prince Philip mendapat didikan di sini), Scotland dan Anavryta.

  • Orang-orang berpengaruh dan penuntut-penuntut yang terdidik inilah yg digunakan sebagai bidak-bidak dan ditempatkan di tempat-tempat saintifik dan jabatan-jabatn kerajaan sebagai Pakar, penasihat dan perunding agar dapat mereka menasihati pegawai-pegawai atasan untuk menjalankan polisi-polisi yang lama kelamaan akan menghancurkan seluruh kerajaan yg ada berserta agamanya

  • Illuminati berusaha menguasai media massa yg lain. Berita dan maklumat hendaklah diputarbelitkan agar GOYIM mempercayai bahawa dengan penubuhan sebuah pemerintahan sahaja dapat menyelesaikan masalah-masalah yg dihadapi manusia (Sebenarnya ditimbulkan oleh mereka juga!)

Komplot sulit ini bagaimanapun telah terbongkar apabila pada tahun 1784, kerajaan Bivaria telah memperoleh bukti dan penerangan tentang komplot ini apabila utusan yang ditugaskan untuk mengedarkan “Einige Original Scripten” buku tentang perancangan sulit revolusi Peranchis di temui di tangan utusan itu yang mati di panah petir ketika dalam perjalanan. Dokumen-dokumen itu diedarkan kepada pihak pemrintah dan serta merta pada 1785, Illuminati diharamkan oleh kerajaan Bavaria. Sarang-sarang sulit mereka ditutup dan kerajaan mengeluarkan naskhah “The original writing of the order and sect of the illuminati dan diedarkan kepada ketua-ketua gereja dan ketua negara.

Kemudian komplot ini menyeludup ke bawah tanah. Anggotanya menyusup ke dalam sarang-sarang sulit “Blue Masonry” dan membentuk sebuah kongsi gelap. Meraka berselindung di sebalik kerja-kerja kebajikan. Mereka membiayai orang-orang seperti Karl Marx dan Engel yg telah menulis tentang “The communists manifesto” dan “Das Capital” di bawah arahan ahli-ahli Iluminati. Ritter, seorang anggota illuminati, pensyarah universiti frankfurtit juga menulis sebuah buku berbau ideologi “Antit hesis” di bawah kelolaan pertubuhan lain yg sebenarnya anggota illuminati juga.

Tujuannya supaya berlaku pertembungan ideologi yg bakal membawa kepada pertelingkahan. Usaha Ritter diteruskan oleh Fredrich Wilhem Nietzche pengasas ideologi Nietzcheism yg seterusnya berkembang menjadi Fcist dan Nazisme yg mana digunakan oleh agen illuminati untuk membangkitkan perang dunia pertama dan kedua.

1834, pemimpin Revolusi Itali, Quisappi Mazzini telah dipilih Illumnati sebagai pengarah untuk mengendali program revolusi seluruh dunia sehingga 1872.

Bersambung….

Forum Maal Hijrah

tn-hj-abd-rahman5Tuan Pengerusi Majlis – Haji Khuzaini,ahli panel pertama – Tuan Badrul Hisyam

tn-hj-abd-rahman-copy1

tn-hj-abd-rahman2yang diraikan rakan saya – Sheikh Helmi

Gambar oleh ustaz Lotfi -Jazakallahu khair

Syarat untuk menjawat jawatan Ketua Bidadari di hari penilaian dan hari temuduga nanti ialah;

1. Taat kepada suruhan Allah.

2. Solat 5 waktu tanpa dolak dalik. Di Awal waktu. Di tunaikan tepat pada masa,bukan QADHA’. Ditunaikan dengan penuh minat dan rasa WAJIB dibuat. Bukan sambil lewa dan sekadar melepas batuk ditangga. Merasakan SOLAT itu yang paling PENTING.

3.Taat pada suami.Menegur dan menasihati ke arah kebaikan dengan BERHIKMAH dengan pandai melunturkan sifat ego marah sang suami.

Dan untuk makluman, pada hari temuduga, semua calon berpakaian paling seksi TETAPI layanan yang sama  tetap akan diberikan kecuali bagi mereka yang sentiasa BERSELAWAT kepada Rasulullah saw. Pegawai yang bertugas tidak akan melayan permintaan dan pujuk rayu anda. Jadi buatlah persiapan yang secukupnya sebelum anda memasuki temuduga tersebut. BERHIJRAHLAH ke arah yang lebih baik.

Bersama Pelajar Baru Univ Islam Madinah

Semangat baru dengan kedatangan pelajar baru Malaysia dari Universiti Islam Madinah telah menggamit kerinduanku untuk terus belajar.

Masya Allah, Allah telah memilih 27 mujahid baru dari seramai 27 juta rakyat Malaysia untuk datang belajar di Madinah Al Munawwarah pada tahun ini. Setiap dari mereka mewakili 1 juta orang Malaysia, tidak kira Muslim atau pun NON MUSLIM.

Yang pasti tugas dan tanggungjawab adalah untuk memberi faham kepada semua yang Allah adalah tuhan yang SATU dan Nabi Muhammad adalah pesuruhNYA.

Yang dapat datang ke Makkah pada Khamis baru baru ini adalah seramai 17 orang.

Antara yang boleh kita kongsi bersama dengan kehadiran adik adik baru ini ialah Rasulullah saw semasa berhijrah ke Madinah, baginda telah menggunakan segala kebijaksanaan dan segala kemudahan yang ada pada masa tersebut untuk menjaga dan menyelamatkan Islam. jalan berjengket di kawasan padang pasir.Melalui kawasan berbatu ketika ke Madinah. Menaiki unta yang telah siap untuk berjalan jauh. Lari kawasan selatan sedangkan Madinah di sebelah utara.

Jadi kita semua juga mesti menggunakan semaksima dan sebaik mungkin alat dan kemahiran untuk meninggikan KALIMAH ALLAH di muka bumi ini. Antaranya, memiliki laptop untuk memudahkan mencari HADIS dan hukum dalam berjuta kitab yang ada dalam dunia sekarang ini melalui program yang banyak disediakan sekarang ini. Seterusnya menguasai Bahasa Inggeris untuk memudahkan mencari bacaan tambahan dan menyebarkan semula ilmu yang telah kita perolehi.

Juga yang terakhir, pesanan untuk adik adik freshie, supaya jangan lupa TANAMKAN rasa kasih dan cinta serta sayang kepada Rasulullah saw, dan dengan perasaan itu dapat kita pacukan semangat dan usaha untuk menuntut ILMU KERANA ALLAH. Dan seterusnya dapat mengumpulkan kekuatan kembali untuk membela saudara kita di Palestin dengan mengembalikan KHALIFAH ISLAM di muka bumi ini.

Khutbah Jumaat Masjidil Haram, Makkah

 

INTISARI KHUTBAH JUMAAT

28 November 2008 bersamaan 30 Zulkaedah 1429

Disampaikan oleh Sheikh Abdul Rahman As Sudais.

KHUTBAH PERTAMA

 

1.Tahniah dengan kehadiran semua jemaah haji dari seluruh dunia. Selamat datang negara dua tanah suci dan ke negara tempat turunnya wahyu.

2. Apabila kita telah datang dan sampai ke Mekah, bermakna kita telah menerima jemputan Allah sebagai tetamu Nya.

3. Mekah sebagai tempat mencetuskan sifat kasih sayang serta kecintaan antara sesama Islam. Tiada beza antara kita semua. Islam adalah milik semua. Walaupun kita semua datang dari pelusuk dunia yang berbeza, kita adalah sama.

4. Dan bila kita semua telah berada dalam Tanah Haram, kita akan selamat, kerana negeri ini adalah negeri yang aman.

5. Mekah adalah negeri yang paling disayangi oleh Rasulullah saw. Seperti yang nyatakan dalam sabdnya bermaksud “jikalau aku tidak dikeluarkan dari Mekah, aku tak akan kleuar dari sini”. (maksudnya berhijrah ke Madinah al Munawwarah) hadis riwayat Ahmad dan Tarmizi

6. Sepanjang berada di Tanah Haram ini jangan sama sekali kita melakukan dosa-dosa. Allah memberi peringatan tentang dosa dan ancaman bagi sesiapa yang ingin berbuat jahat di dalam Tanah Haram ini.

7. YANG PALING UTAMA dan TERPENTING bagi jemaah haji dan kita semua ialah, kita perlu mentauhidkan Allah dengan sepenuh hati dan keimanan kita. Tiada yang lebih berkuasa di alam ini selain Allah.

 

8. Kita sebagai orang islam mesti IKHLAS kepada Allah. Betul betul beriman kepada Allah. Sekiranya kita betul-betul beriman kepada Allah, kita perlu ikut dan patuh kepada arahan dan suruhan Allah.

 

9. Buktikan cinta dan sayang kepada Rasulullah saw iaitu dengan mengamalkan sunnah serta amalan baik sepanjang berada di Tanah Haram ini.

 

 

 

10. Laksanakan Ibadah Haji dengan sebaiknya. Sesungguhnya ganjaran bagi mereka yang beroleh Haji Mabrur ialah syurga. Jikalau kita semua pulang dengan haji mabrur, ini merupakan satu kekuatan untuk membaiki umat Islam di Negara masing-masing. Kerana umat Islam amat lemah sekarang ini.

 

11. Jangan dilupakan bagaimanakah keadaan saudara Islam kita di Palestin sekarang ini. Sedangkan kita semua adalah bersaudara. Kita perlu merasa dan ambil berat tentang nasib saudara kita di Palestin dan seluruh dunia.

 

12. Semoga kita semua beroleh pahala yang besar dengan kedatanga kita ke Mekah ini. Kerana sesungguhnya membesarkan serta memuliakan Mekah adalah satu dari tuntutan agama.

 

13. Semoga kita semua mendapat haji yang mabrur

 

jumaat-28-novSuasana seusai solat Jumaat 28 nov 08


KHUTBAH KEDUA

 

  1. Perbanyakkanlah berbuat amalan soleh hingga menjelang bulan Zulhijjah nanti. Sesungguhnya bagi mereka yang berbuat amalan soleh bermula Satu hingga 10 Zulhijjah nanti akan beroleh pahala yang banyak.

 

  1. Rasulullah saw menegaskan dalam hadisnya “Pahala amal soleh di awal Zulhijjah adalah lebih besar dari jihad fisabilillah”. (Riwayat Buhkari).

 

  1. Semoga kita semua dapat mengambil peluang sepanjang keberadaan di Mekah. Khususnya dalam SEPULUH HARI PERTAMA bulan Zulhijjah ini.

 

menara-harom

 

 

 

Menara Masjidil Haram di atas pintu nombor satu, bab Malik Abdul Aziz

Disediakan Oleh :

Abd Rahman Hamzah

Untuk edaran semua hotel penginapan Jemaah Haji Tabung Haji Travel & Services,

Ini adalah berdasarkan arahan dari Pengarah Operasi Haji THTS