Category Archives: Tinta

PINDAH ke http://www.almakki.com.my

Terima kasih dengan sokongn anda yang tidak berbelah bahagi DENGAN SELALU MENZIARAHI BLOG peribadi saya. Thanks for your support. Please go to our new home:

http://www.almakki.com.my

header almakki

شكرا علي زيارتكم وتعاونكم وتشجيعكم. نسأل الله أن يجعلنا من أهل الجنة نلقاكم في موقعنا الجديد

http://www.almakki.com.my

Advertisements

Bersedia dengan apa yang akan…

aidilitri 1430 093

Bersedia dengan apa yang akan berada di depan kita, ini lah antara jawapan ku kepada isteri ku apabila kami terlihat ‘sign’ ini didalam perjalanan balik ke Kelantan melalui jalan Grik ke Jeli.

“Betul ke ni bang? tak kan ada lagi kijang dan rusa di hutan ni sekarang? Mesti dah habis di tembak orang”, sambung isteri ku.

“Ala, itu tak payah lah kita fikirkan, yang pasti kita kena bersedia dengan apa yang akan berlaku nanti, sama ada kijang melintas, kereta banyak berhenti untuk tengok kijang, kemalangan di sebabkan kijang dan sebagainya”, tambahku.

Dalam hidup kita ini, apa yang berlaku mesti di jadikan panduan dan iktibar untuk masa hadapan.

Begitu juga apa yang telah berlaku kepada kaum dan umat sebelum kita.

Itu lah yang telah Allah ceritakan dalam Al Quran, satu per tiga dari ISI Quran adalah cerita orang orang terdahulu, supaya kita mengambil pengajaran dan iktibar serta panduan.

Semoga kita sentiasa berfikir dan bersedia dengan apa yang akan berlaku di masa akan datang.

Kasih Ibu Tak Pernah Berhenti

“Man, man tolong tengok lah abah tu sama ya… mama kesian kat abah”, ucap mama dalam keberatan suaranya. Lengan dan muka yang sembab disebabkan terlalu banyak ubat dan bendasing dimasukkan begitu jelas kelihatan.

“Esok petang man nak balik KL ni, ayu nanti jaga mama ya”, sambung ku. ” Tak payah man, tak payah”, esok mama boleh keluar dah kata mama lagi. Padahal esok sudah pasti mama akan dikerjakan oleh doktor doktor di ‘operation theatre’. Mama masih sanggup ingin menyedapkan hati ku. Bahawa dia masih sihat dan kuat, tak perlu menyusahkan sesiapa. Itu lah hati seorang ibu, seorang mama.

2 ramadhan 1430 138Mama Ramlah semasa bulan Ramadhan di KL, masih dalam proses dialisis

Sekarang beliau terlantar di Hospital Sulatanah Bahiyah, tingkat 4 wad Kenanga D. Semoga beliau cepat sembuh.

Moral of the story bagi ku dan isteri ialah, ini adalah pahala percuma untuk ku dan isteri supaya dapat berbakti sebaik mungkin sepanjang mama berada di hospital.

Maksud hadis RAsulullah saw, Rugilah bagi sesiapa yang sempat bersama ibu bapa mereka ketika mereka telah di dewasa, tetapi mereka tidak dapat masuk SYURGA.

Maknanya, betapa rugi bagi sesiapa yang sempat hidup bersama ibu bapa mereka ketika mereka elah bekerja dan ada keluarga sendiri TETAPI tidak berbakti dan membantu IBU AYAH mereka sendiri.

رَغِـــمَ أنْف من أدرك والديه عِنْد الكبر ولم يدرك الجنة

Ini lah dalil dan bukti bahawa begitu senang untuk seseorang anak mendapat syurga, hanya dengan MENGGEMBIRAKAN IBU AYAH selagi mana mereka masih hidup.

YA ALLAH, berikan lah aku dan isteriku kekuatan untuk berbakti kepada mereka ber ’empat’. Umi Ayah, Mama Abah.

Salam sayang untuk semua.

Puasa 2 in 1 = 365 ?

Di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal. Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?

Persoalan ini berlaku khilaf di kalangan ulama’, sebahagiannya yang berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, sekiranya dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat.

Ada dikalangan ulama’ Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Lihat:  Hasyiah Asy-Syarqawi ‘Ala Tuhfah At-Tullab 1/428, cet, Darul Ma’rifah, Fatawa Al-Azhar 9/261 Al-Maktabah Asy-Syamilah]

Al-Khatib Asy-Syarbini berkata: “Jika seseorang berpuasa qadha atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, adakah dia mendapat pahala sunat (Syawal) atau tidak? Saya tidak mendapati pendapat ulama’ yang menyebut tentangnya, dan yang zahirnya adalah dapat pahala tersebut (pahala puasa yang diniatinya). Namun, dia tidak mendapat pahala sebagaimana yang disebut oleh hadis yang menerangkan tentang kelebihan puasa enam tadi, khasnya mereka yang tertinggal puasa Ramadhan kemudian berpuasa pada bulan Syawal. Ini kerana mereka tidak memenuhi maksud hadis tersebut (menyempurnakan puasa Ramadahan kemudian diikuti dengan puasa enam)”. [Mughni Al-Muhtaj 2/184 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut]

Setelah dikaji, pandangan ulama’ yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Qur’an dan al-Sunnah. Mereka juga mengatakan amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha dalam bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus melakukan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid). Wallahu a’lam.

Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardhu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan (sunat) tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari keredhaan Tuhannya. Ini juga lebih berhati-hati (ahwat) dalam ibadat, serta melakukan ibadat dengan yakin adalah lebih utama (aula), kerana ada pendapat ulama’ mengatakan tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain. Continue reading

Aidilfitri with our neighbour

“Uncle, aunty, Selamat Hari Raya, please come to our house now, we’re celebrate Hari Raya”, said my wife to aunty and uncle Yang. “This kuih baulu and hamper for you, my mum send regards to you all, please come to my house now”, explain me again.

IMG_0632

“Ni hoa ma? Come here kid, uncle will give duit raya”, said me to their son. We take picture with them before we go back.

I remember 3 months ago, when we’re back from Makkah with new baby, Muhammad, aunty give us ‘kurma cina water’. She said its good to my wife, after delivery.

Now Muhammad 3 years ang 3 months.

Hope they can read my books and my dvd about Islam that i gave them.

Islam for All. Not to Malay only.

Tazkirah di Taman Samudera, Gombak

Malam pertama dalam separuh masa kedua menunjukkan gologan Muda terus mengungguli surau apartment fiona ini.

Alhamdulillah syukur pada Allah. Siapa kata orang Muda hanya minat motor dan Kedai mamak pada waktu malam terawih? Di sini segalanya berbeza.

There’s no god but Allah